[VIDEO] “Dalam diri saya wanita, saya bangga jadi p*ndan..” – Isma Yusoof

Pelakon dan pengarah terkenal, Isma Yusoof pastinya dikenali ramai dengan lakonannya yang hebat.

Pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal bin Yusoof kini tidak lagi aktif sebagai pelakon tapi pengarah.

Banyak drama dan telefilem berjaya di bawah arahannya antaranya, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Blok 404 dan banyak lagi.

Bahkan, Isma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen apabila baru-baru ini tular sebuah video pengkuan dari Isma sendiri bahawa dia berbangga dirinya p*ndan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ⚡ 〰 ⛵ (@ishmaryarai)

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila Isma mengaku lebih cenderung terhadap lelaki maskulin.

“Saya gembira dengan bentuk badan, suara dan wajah saya sebab saya terima diri saya sebagai p*ndan.

“Saya memang tak ada nafsudekat wanita. Saya transsgender. Dalam diri saya wanita jadi seksuaal saya lebih kepada lelaki.

Klip video tersebut dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter.

Video tersebut adalah potongan klip dari video IGTV yang dimuatnaik Isma Yusoof di laman Instagram miliknya.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah gimik atau dirinya mahu berterus terang kepada peminat.

Terdahulu, Isma Yusoof menjadi sebutan apabila memuat naik sekeping foto kakinya yang bertatu.

Foto yang dimuat naikdi laman instagram miliknya itu menjadi bualan ramai malah ada yang menegur tindakannya.

“My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Malah, pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu punyai jawapan sendiri setiap kali diasak pelbagai soalan daripada pengguna media sosial.

“Makin ramai mengata makin cantik plak kita. Teruskan menghina!” tulisnya dalam entri terbaharu berserta tanda pagar #akubertatookauyangsakit.

Isma turut menjawab beberapa soalan sensitif berhubung agama dan punca dia mencacah tatu.

“Dalam IC Islam. Jiwa tauhid percaya satu Tuhan. Duit dan manusia saya tak sembah,” jawab Isma.

Dalam pada itu, masih ada juga segelintir netizen yang mendoakan Isma agar kembali menjadi dirinya sepertimana suatu ketika dahulu.