[VIDEO] “Cucuk pipi, cucuk botoxx..” Ditegur Wajah Nampak ‘Lain’, Faezah Elai Jawab Netizen

Tidak asing lagi bagi individu yang bergelar selebriti sering mendapat perhatian daripada para peminat. Apa sahaja yang menunjukkan perbezaan pasti akan diketahui netizen.

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita iaitu Faezah Elai telah memuat naik satu posting di Instagramnya miliknya, namun terdapat netizen yang bertanya tentang perbezaan wajahnya kini jauh beza dengan dirinya yang dulu.

“Awat cek tengok muka hampa cm lain tepi hidung pipi tu lain macam, cek suka muka hat lama nampak lawa,” tanya seorang netizen.

“betul, saya tengok pun lain. lain macam,” tulis netizen.

“knape muka u nampak bengkak-bengkak faezahelai.i suka tengok u mcam sblom ni.. Cantik sgat,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

Menjawab persoalan netizen itu, Faezah Elai menjelaskan dia tidak tahu mahu marah atau ketawa dengan komen-komen yang dilemparkan oleh netizen.

“Tak tahu nak marah ke nak gelak. Cucuk naik pipi,cucuk botox,cucuq kodoq,cucuk udang,cucuq bwg pon boleh. Lani nk tanya,clinic aesthetic mana bukak time2 pkp ni habaq sat?”

“Tak kan cheq cucuq sendiri? Nk bg pipi naik nk buat apa? Pipi ku dh cukup tembam dh ampa oii.. klu boleh nk sedut pipi tu bg kuruih”

Katanya, dia tidak perlu untuk menaikkan pipi kerana pipinya sudah cukup tembam. Dia tidak memperdulikan tomahan netizen kepadanya yang berkata dia telah membuat pembedahan plastik namun baginya semua itu adalah fitnah semata mata.

Tambahan lagi, dia mengalami allergi kepada ubat-ubat tertentu seperti paracetamol yang boleh membuatkan seluruh muka kelihatan bengkak.
Katanya dia terpaksa makan ubat tersebut oleh kerana imsonia.

Faezah Elai turut menasihatkan agar netizen menggunakan akal sebelum menuduh seseorang tatkala musim pkp ini tiada klinik pembedahan yang dibuka.

“Sudah ku bilang,klu nk pitnah pon bg lah yg masuk akai sikit.. ni pitnah tk logic. adoii
Mata bengkak sbb I’m allergic to paracetamol. in my family,myself and my dad,mmg tk boleh mkn any kind of paracetamol,sbb muka mata akan bengkak.”

“Tp sbb kepala sakit due to my insomnia,ku telan jua. dia tk sakit cuma akan bengkak je”

“I can’t believe i have to explain myself why my mata is bengkak. gila betoi
Satgi tak habaq ampa dapat dosa kering.”

Tambahnya dalam posting tersebut, dia berasa tidak percaya netizen tidak dapat membezakan bengkak dan buat pembedahan muka.

Dia juga mengharapkan netizen perbanyakkan cari pahala daripada mencari dosa dengan menuduh tanpa bukti seperti itu.

“Carik pahala jgn carik dosa. takut esok mati tkdan mintak maap.” ujarnya.

Terdahulu, Faezah Elai yang menjaga tiga anak tiri seperti darah dagingnya sendiri pernah mengulas tentang status sebagai ibu tiri mudah disalah tafsir.

“Jika berlaku sesuatu tak elok, ibu tiri sering dipersalahkan. Masyarakat anggap duduk dengan ibu tiri, tidak sama dengan ibu kandung. Tentunya anak tertekan berdepan dengan ibu tiri.

“Namun, jika anak dididik dengan baik dan berjaya, penghargaan serta pujian akan diberikan kepada ibu kandung. Jadi wujud kononnya ibu tunggal masih mampu mendidik anak. Hakikatnya, anak tinggal dengan ibu tiri,” katanya kepada BH Online.

Faezah telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, malah tiga anak tiri menerusi perkahwinan Heykal terdahulu turut tinggal bersama.

Bagi Faezah, dia berharap senario sebegitu tidak boleh lagi diguna pakai.

“Mentaliti jenis apa ini? Ini bukan zaman watak dongeng, Cinderella yang dianiayai ibu tiri. Sekarang sudah 2020. Saya tidak terkejut mendengar kisah anak tiri yang menganiaya ibu tiri,” katanya.

Bagaimanapun, Faezah berkata, luahan hatinya tiada kaitan dengan kehidupan realitinya.

“Saya bersyukur memiliki tiga tiri yang baik dan memahami. Saya menjaga mereka sejak berkahwin dengan suami.

“Saya cukup menjaga sensitiviti dan perasaan ibu kandung mereka. Sebab itu, saya tidak berkongsi mengenai anak tiri kerana bimbang akan mengguris perasaan ibu mereka.

“Ibu tiri juga layak dihormati seperti ibu kandung. Ibu tiri mencurah kasih sayang, masa dan tenaga untuk bukan darah daging mereka.

“Jadi, kepada semua ibu kandung, jika anak anda disayangi ibu tiri, kalian cukup bertuah. Nasihat pada anak, tak salah menyayangi ibu atau bapa tiri.

“Bukan menghasut anak untuk membenci keluarga tiri yang menjaga mereka. Kena ingat, ibu kandung tak memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak,” katanya.

Katanya, jaga anak dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan jika bergelar ibu atau bapa tiri.

“Buatlah dengan ikhlas. Jika terlalu mengharap akan berakhir dengan kekecewaan,” katanya.