[VIDEO] COVID-19 Punya Pasal, Pasangan Ini Akad Nikah Di Luar Pagar

Seluruh dunia sedang dilanda wabak Covid-19. Malah Malaysia juga antara negara yang mencatatkan kes yang tinggi.

Ketika ini juga rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan dinasihatkan untuk berada di dalam rumah masing-masing.

Ekoran dari wabak yang menular ini, orang ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan diminta untuk menangguhkan majlis tetapi masih boleh meneruskan majlis akad nikah.

Harus mematuhi arahan jika mahu akad nikah

Menerusi satu artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro, majlis akad nikah dibolehkan, namun mesti mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.

“Pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan dengan syarat ia dijalankan di premis persendirian dan dilarang sama sekali melangsungkan akad nikah di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya”.

“Majlis akad nikah itu hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan,” katanya.

Majlis tidak boleh melebihi 20 minit

“Menurut kenyataan itu lagi, perjalanan majlis akad nikah harus tidak melebihi 20 minit termasuk khutbah nikah”.

“Akad nikah dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan,” katanya.

Sediakan topeng dan sanitizer ketika majlis

Selain itu, langkah-langkah keselamatan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dipatuhi, termasuk berkaitan penyediaan cecair pencuci tangan, topeng dan jarak keselamatan antara individu.

Terbaru, satu video yang dikongsikan oleh Norman Herbs di laman sosial Facebook telah tular.

Majlis akad nikah di luar rumah 

Video yang memaparkan sepasang pengantin sedang mengadakan majlis akad nikah yang diadakan di luar rumah demi menjaga keselamatan semua orang yang terlibat.

Menerusi video itu, setiap dari mereka yang terlibat dalam majlis itu menjaga jarak diantara satu sama lain.

Video ini juga telah menjadi perhatian ramai. Ruangan komen juga turut dibanjiri dengan komen dari warganet.

Semoga kita sama-sama menjaga diri dalam keadaan wabak Covid-19 yang kian membimbangkan ini.