[VIDEO] Cinta Penuh Konflik, Video Zulin Buat Netizen Berdekah Bila Arjun Rampal Cari Janda

Ramai juga artis dan selebriti turut sama-sama menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang telah masuk hari ke 21 pada hari ini.

Seperti yang diketahui ramai, Zulin Aziz antara pelakon yang sering berkongsi video lawak yang dihasilkannya sendiri di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Nak ajak awak dating ni.. free tak japlagi?

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Selain itu, video dihasilkan oleh pelakon serba boleh ini telah mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Ramai teruja video Zulin dengan artis bollywood

Namun, apa yang lebih menarik apabila pelakon handalan Bollywood turut layan dan memberikan respon baik terhadap video lawak daripada Zulin Aziz.

 

View this post on Instagram

 

aku dah penat pujuk bapak dia @rampal72 tp si @iamsrk ni kepala batu 😭

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Ini sekali gus mengundang gelak tawa orang ramai dengan hasil kreativiti Zulin Aziz walaupun sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai penyanyi dan pengacara.

Followers Instagram naik 40 ribu

Menerusi posting yang dimuat naik sebelum ini, Zulin Aziz ada berterima kasih kepada semua yang mengikuti dirinya dilaman Instagram.

Beliau turut memberitahu akaun followers Instagram miliknya terus meningkat naik sebanyak 40 ribu.

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih semua❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Ini kerana, video-video dihasilkannya telah viral di platform media sosial dan followers di Instagram milik pelakon ini juga telah mencecah 1.8 juta.

Ketika PKP berlansung, ramai yang mahu menghilangkan rasa bosan disaat kuarantin dengan menonton video lawak dihasilkan oleh selebriti terkenal ini.

Buat video dengan artis bollywood buat orang teruja

Seperti yang diketahui umum, Zulin Aziz antara pengacara yang aktif dilaman Instagram dengan menghasilkan pelbagai video lucu.

Namun begitu sejak beberapa hari lalu, kreativitinya kian terserlah dengan penghasilan video yang turut menampilkan pelakon-pelakon Bollywood telah mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

memang sah! Laki aku keluar dgn janda anak dua tu😭 mampuih aku nak cari sapa dia jadi watak tok kiah🤣

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Memang sah! Laki aku keluar dgn janda anak dua tu, mampuih aku nak cari sapa dia jadi watak tok kiah”tulisnya.

Video kali ini pula, tidak disangkakan ‘drama’ dihasilkan Zulin Aziz bersama watak daripada pelakon Arjun Rampal sebagai suaminya telah bertindak curang dengannya.

Ramai peminat mahukan lebih banyak video beliau

Sementara itu ramai netizen menyukai hasil video yang beliau kongsikan dan turut mengakui bakat kreativiti Zulin Aziz itu mampu menghiburkan mereka.

Rata-rata netizen memuji kreativiti Zulin Aziz dalam membuat video yang menarik dan berharap supaya beliau terus menghasilkan video seperti ini lagi.