[VIDEO] Buat Sendiri Ujian Swab Terhadap Kawan, BCL Ditegur Doktor

Baru-baru ini tindakan penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari mendapat kritikan netizen apabila melakukan sendiri ujian saringan COVID-19 terhadap rakannya tanpa bantuan petugas kesihatan.

Menurut laporan Lifestyle.okezone, penyanyi lagu Cinta Sejati itu tidak mempunyai kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan sendiri ujian saringan tersebut.

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang doktor yang menegur tindakan penyanyi itu. Doktor dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i itu menegur BCL tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan sendiri ujian tersebut.

“Dalam hidung kita ada bahagian dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan,” katanya.

Kata doktor itu lagi, jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Dalam pada itu, sebelum ini BCL meletakkan syarat untuk sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

Rata-rata netizen meninggalakan komen tidak bersetuju dengan cara BCL tersebut.

Terdahulu suami BCL, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada bulan Februari akibat serangaan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

“Iya (benar meninggal). Serangan jantung,” katanya.

Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.

Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dibanjiri ucapan takziah.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.