[VIDEO] “Besi,botol & suar dicampak kpd kami” Syed Saddiq Mahu Menuntut Keadilan

Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut berada di Stadium Bung Karno semalam dilihat telah tampil memberikan maklum balas dengan bertekad menuntut bela diatas kejadian yang berlaku semalam. Bela penyokong negara Menerusi Twitter rasminya beliau dengan berani mengecam perilaku buruk penyokong Garuda semasa perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2022 antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta. Gangsterism [...]

YB Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut berada di Stadium Bung Karno semalam dilihat telah tampil memberikan maklum balas dengan bertekad untuk menuntut keadilan di atas insiden yang berlaku semalam.

Melalui Twitter rasminya, YB Syed Saddiq dengan berani telah mengencam kelakuan buruk penyokong Indonesia semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

YB Syed Saddiq yang berada di stadium semalam telah menyaksikan sendiri bagaimana penyokong Malaysia ‘digannyang’ oleh penyokong Indonesia.

Malah beliau telah turun menemui para pemain dan penyokong seusai perlawanan tamat bagi memastikan mereka semua selamat.


Terdahulu, Syed Saddiq bersama ratusan penyokong bola sepak Tanah Air telah hadir ke Stadium Gelora Bung Karno bagi memberi semangat dan juga sokongan kepada pemain-pemain bola sepak negara.

Syed Saddiq juga dilihat turut berdiri bagi membangkitkan semangat pemain selama 90 minit perlawanan.

Walaubagaimanapun, permainan terpaksa diberhentikan seketika selepas penyokong Indonesia bertindak di luar batasan dengan membaling pelbagai jenis besi, botol dan juga suar terhadap penyokong Malaysia.

Diharapkan tindakan akan diambil terhadap penyokong Indonesia agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.