Video Berlatih Aksi Lasak Demi Watak Ejen Alice, Elizabeth Tan Buat Netizen Terpukau

Menjadi seorang pelakon semestinya harus bijak untuk menyesuaikan diri dengan watak yang dibawa. Bukan itu sahaja, mereka jugaperlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta turut menghadiri beberapa latihan bagi menjayakan watak tersebut apatah lagi bila melibatkan scene ‘aksi’

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang pelakon dan penyanyi terkenal Elizabeth Tan Su Mei atau lebih mesra dipanggil sebagai Lizzy ini.

Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita ini bukan? tidak hanya hebat dalam lakonan malah mempunyai bakat dalam nyanyian. Antara lagu lagu popularnya yang sering dimainkan di corong radio tempatan seperti ‘Knock Knock’, ‘Semua Sudah’ dan ‘Polis Entri’.

Seperti yang kita tahu, Lizzy telah membintangi filem Abang Long Fadil 3 sebagai watak Ejen Alice pada tahun ini. Jika dilihat daripada trailer filem ini sememangnya mengandungi babak-babak aksi yang hebat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika aksi tersebut itu sebenarnya dilakukan oleh pelakon sendiri ataupun ‘stuntman’. Terbaharu, Lizzy telah berkongsi satu video dimana dia telah berlatih untuk menjayakan wataknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Lizzy di laman TikTok ini memaparkan dirinya yang sedang berlatih aksi lasak bersama seorang jurulatih.


Di dalam video tersebut, dilihat aksi-aksi yang dilakukan oleh Lizzy ini bukan calang-calang untuk seorang pelakon perempuan.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut memuji aksi dan lakonan yang dilakukan oleh Elizabeth Tan di dalam filem Abang Long Fadil 3 malah ada yang mengharapkan agar penyanyi ini bakal membintangi filem aksi-aksi yang lain pada masa hadapan.

Antara komen warga maya:

“saya boleh jadi trainer tanpa gaji..”


“aku akui lizzy punya lakonan kat abang long fadhil 3 next level! lagi lagi action scene superb! crush zaman dia cover lagu kat youtube lagi..”

“hope lepas ni lizzy ada own action movie..lagi gempak..”

“fuhhh..lain macam lama sangat tu training, apa pun ejen Alice terbaik..love giler your acting..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@elizabethtsm Ejen Alice masuk balik training lepas 2 tahun 😝 #abanglongfadil3 #fyp #mma ♬ Silhouette Challenge (Instrumental) – DJB

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 73.5k tanda suka, 719
komen, 3384 simpanan, 305 perkongsian di laman TikTok.