“Seriously dah 40-an?” Muncul Di GV9, Kecantikan Sarimah Ibrahim Curi Perhatian Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara, bekas penyanyi serta pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim ini? Lagu pertama ‘Kini Kau Tiada’ dan muzik videonya telah meraih sambutan yang positif oleh pendengar-pendengarnya sekitar tahun 2001 malah lagu ini sering kali diputarkan di corong-corong radio.

Namun sudah sekian lama tidak melihat pengacara ini di layar perak untuk berlakon mahupun mengacara mana-mana program.

Pun begitu, baru-baru ini Sarimah Ibrahim telah membuat kemunculan istimewa di program Gegar Vaganza musim ke-9 sekaligus mengundang pelbagai reaksi penonton serta warganet.

Menerusi seduatan klip video yang dimuat naik oleh Astro Gempak ini, Elly Mazlein yang lebih mesra dipanggil Kak Lina PomPom telah berduet bersama Sarimah Ibrahim dalam persembahan pembukaan dan turut menyanyikan lagu ‘Kini Kau Tiada’.


Walau bagaimanapun, kemunculan Sarimah Ibrahim malam tersebut turut mencuri perhatian warga Twitter yang memuji kecantikkan pengacara itu walaupun sudah mencecah 40-an.

“Seriously Sarimah Ibrahim dah 40 an, She’s a real vampire!” tulisnya di ruangan kapsyen.


Selain itu, ada juga segelintir yang menyifatkan Sarimah Ibrahim seperti ‘Vampire’ kerana masih kekal awet muda dan tidak menua.

 



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan kehadiran Sarimah Ibrahim semalam telah memeriahkan pentas Gegar Vaganza tersebut. Bukan itu sahaja, ada yang tidak mempercayai bahwa pengacara ini sudah mencecah 40-an namun masih kekal cantik.

Antara komen warga maya:

“tapi malam ni kedatangan sarimah memang gempak lah..”

“sarimah ni naik pentas habis host…sebab dia pun berbakat..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok dan Twitter:

@astrogempak #Gempaklive: Jangan lupa tgk Sarimah Ibrahim kat Vass Vaganza lepas show GV9 nnt! #GegarVaganza #GV9 #GegarVaganza9 #bintangkembalimenyengat ♬ original sound – Gempak

Sekadar info, pada tahun 2015 Sarimah Ibrahim telah mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar.

Hasil perkahwinan, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yang Mulia Tunku Sofia Najihah.