Bella yang sebelum ini selalu dikaitkan dengan kisah sedihnya dengan bekas suami, kini nampak semakin ceria.

Menerusi satu posting di laman Instagram miliknya, Bella telah memuatnaik video teaser tarian K-Pop bersama rakan-rakan.

Baru saja sejam Bella Astillah memuat naik video tersebut, ia telah ditonton lebih dari 250 ribu views.

 

View this post on Instagram

 

Siapa nak tengok full video? 🙈🙈🙈 . . @cameo.x 🎥 @dragonmuaythai . #bts #btsarmy

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Rata-rata peminat memuji Bella dan rakan-rakan yang dilihat agak lincah menari. Malah ada yang bertanya siapakah gadis berbaju coklat.

Bella sebelum ini telah berpisah dengan Aliff Aziz beberapa bulan lepas.

Bella dilihat tenang menghadapi perpisahan ini manakala berbeza dengan Aliff. Walaupun mereka berpisah secara baik, Aliff kelihatan sangat terkesan dengan perpisahan ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff turut memuat naik beberapa keping gambar perkahwinannya dengan Bella dan berharap bekas isterinya itu kembali kepadanya.

Namun, Bella yang dilihat bersikap matang dalam hal rumah tangga mereka ini dilihat bijak mengawal keadaan dan sentiasa memberikan kenyataan yang positif.

Bella turut diajukan soalan jika beliau mahu bersama kembali dengan Aliff, namun Bella tidak menafikan Aliff ada berbincang soal ini bersamanya.

Semoga Bella terus maju dalam apa jua bidang diceburi dan teruskan hidup dengan bahagia.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.