[VIDEO] Bakal Nikah Disember Ini, Farah Nabilah Umum Pilih ‘Pilot’ Sebagai Suami

Pelakon wanita yang telah berjaya mencuri tumpuan penonton dalam lakonannya bersama Fikry Ibrahim dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, 27, hari ini telah membuat satu sidang media tergempar. Menerusi Instagram rancangan perkahwinan popular di siaran TV3 iaitu Mahligai Cinta, Farah telah mengumumkan akan berkahwin dengan pasangannya  yang dikenali sebagai Amirul Yunus tidak [...]

Pelakon cantik yang berjaya menambat hati penonton dalam lakonannya bersama Fikry Ibrahim dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, 27, hari ini telah membuat satu sidang media tergempar.

Di dalam satu perkongsian di laman Facebook TV3 rancangan perkahwinan popular di siaran TV3 iaitu Mahligai Cinta, Farah Nabilah telah mengumumkan akan berkahwin dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Amirul Yunus tidak lama lagi.

Menurut farah, mereka akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama iaitu pada bulan Disember nanti.

Farah juga mengakui bahawa persiapan sudah pun siap hampir 80% dan masing-masing sudah sepenuhnya bersedia menempuh alam rumahtangga.

Selain itu, Farah turut menjelaskan bahawa dia terpaksa merahsiakan terlebih dahulu majlis perkahwinan tersebut kerana pihak  Mahligai Cinta iaitu saluran TV3 telah mendapatkan hak penyiaran untuk majlis perkahwinannya nanti.

Ternyata para peminat Farah Nabilah amat teruja dengan berita ini kerana umum sedia tahu Farah kerap dikaitkan dengan beberapa nama artis lelaki seperti Zul Ariffin dan juga Fikry Ibrahim.

Pengumuman tersebut telah menjawab segala persoalan netizen berkenaan teman lelakinya yang dikenali sejak di kolej lagi.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah di atas berita baik ini dan berharap perkahwinannya kelak akan kekal hingga ke syurga.

“Tahniah farah dn bkal suami…. moga bhagia”

“Moga bhagia yaa”

“Wah tapi suka tengok farah nabila pakai tudung manis comel ja bila bertudung”

“Muka ada iras sgt kan. Cute couple. Yang penting bukan suami org. Moga bahagia.”

“Tahmiah..cantik.. Kalau bertudung lagi cantik”

“Ingatkan aidid dah tukar gaya rambut  sejak bila aidid jadi wartawan mahligai cinta”