[VIDEO] Ayda Jebat Nangis Diusik Johan, Tapi Nasihat ‘Rumah tangga’ Dari Johan Terbaik

Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir selamat bertunang meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun kita masih menjalani PKP, Ayda Jebat dan jejaka pilihannya telah memilih untuk melakukan majlis bahagia mereka itu secara online.

 

View this post on Instagram

 

🐨🦊 . The best birthday gift ever. I said YES. 💍 . #HeLockMeForever #AydaJebat #NabilMahir #BilAydaJatuhCinta

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Terdahulu, Nabil Mahir dikatakan telah melamar pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini ketika hari ulangtahun kelahirannya pada Mac lalu.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir selamat bertunang secara online

Sementara itu, beberapa hari lepas pula mereka memilih untuk bertunang pada tarikh yang istimewa dimana tarikh tersebut adalah hari ulang tahun Nabil Mahir.

Meskipun mereka berdua perlu melangsungkan majlis pertunangan secara online dan ternyata itu merupakan perancangan Ayda Jebat sendiri

Ayda menjadi tetamu jemputan Johara

Selepas itu, Ayda Jebat telah menjadi tetamu jemputan di JoHaRa PKP Era dan turut menerima soalan daripada tiga gandingan penyampai radio terkenal iaitu Johan, Haniff dan Ray

Malah, video temu bual mereka bertiga bersama Ayda Jebat turut dikongsikan menerusi laman Instagram Era.

Johan turut kongsi nasihat rumahtangga

Namun begitu, Ayda Jebat dilihat tersentuh sehingga menangis apabila mendengar Johan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru buatnya dan ianya juga membuatkan peminat turut tersentuh.

Selain itu, apa yang lebih menarik adalah Johan sempat berkongsi nasihat rumah tangga buat Ayda Jebat dan nasihat tersebut turut menarik tumpuan pendengar.

Tahniah buat pasangan bahagia Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Semoga dipermudahkan urusan menuju hari bahagia yang menjelang tiba.