[VIDEO] Anak Muda Kelantan, Sofyan Bertemu Selebriti Hollywood Will Smith

Anak muda berbakat kelahiran Tumpat, Kelantan, Mohamad Sofian Abdullah ataupun popular menerusi Instagramnya @Sofyank96 telah bertemu dengan pelakon popular Hollywood, Will Smith.

Menerusi kemaskini di laman Instagram miliknya, Sofian memuat naik satu video menunjukkan dirinya sedang bersama dengan selebriti ternama itu.

“Awkward moment ever! Tak tahu kenapa sampai depan dia habis semua ayat tak terkeluar. Speechless terus bhai!!  btw thank you semua yang support”

Menurutnya, suasana bertemu dengan Will Smith menjadi agak ‘awkward’ apabila tiada ayat yang terkeluar dari Sofian kerana gemuruh.

Sebelum ini Sofian ada memaklumkan yang dirinya akan ke Budapest untuk bertemu dengan Will Smith.

Difahamkan pertemuan di antara Sofyan dan Will Smith menjadi realiti dengan usaha dari Radio Era.

“Jawapannya Will Smith! Korang power laa!

“By the way, insyaAllah malam ni saya akan berangkat ke Budapest untuk bertemu dengan @willsmith dan akan shoot satu video content magic bersama dia..

“harap semuanya dipermudahkan doakan perjalanan saya”

Menurut Sofian lagi, dia akan membuat satu video content ‘magic’ bersama Will Smith di Budapest.

Sama-sama kita nantikan kemaskini terbaru dari Sofyank96 nanti.