[VIDEO] “Amek ko Jep” Gelagat Roy Azman Masak ‘Welkem2’ Tarik Perhatian Netizen

Hari ini merupakan hari ke sebelas rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 yang melanda negara.

Pelbagai kisah dikongsikan oleh semua menerusi media sosial. Tidak kurang hebatnya beberapa artis turut berkongsi kisah mereka selama berada dirumah.

Jep Sepahtu juga antara selebriti yang mencuri tumpuan apabila sebelum ini berkongsi bebelan mengenai rakyat yang tidak mendengar arahan berhubung perintah kawalan ini.

Jika sebelum ini pelawak kesayangan ramai ini dilihat sedang memasak dan katanya sedang memasak ‘welcome-welcome’.

“Ok guys, nak tidur dah.. Esok nak basuh baju pulak. Best cuti duduk rumah ”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Video tersebut mendapat perhatian ramai peminatnya yang nyata terhibur dengan karenah Jep.

Terbaru, Roy Azman menerusi laman Instagramnya ‘membahan’ Jep dengan membuat video memasak ‘welcome-welcome’ juga.

“Amik ko @jepsepahtu #welcomewelcome #stayathome”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by roy azman (@royazman30) on

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut namun cara memasaknya menjadi persoalan kepada semua yang menonton.