[VIDEO] “Allahuu sedihnya..” Kakak Kongsi Kenangan Terakhir Arwah Adik & Rakan Di Pulau Jerejak

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan sudah ditentukanNya. Namun begitu, kehilangan insan tersayang terutama ahli keluarga tidak tergambar kesedihannya.

Begitulah juga apa yang dialami oleh ahli keluarga empat gadis yang terlibat dalam tragedi menyayat hati yang berlaku di Stesen minyak Sama Gagah, Bukit Mertajam.

Tidak sedarkan diri selepas terhidu gas karbon monoksida

Kesemua mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas terhidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak.

Ekoran dari kejadian itu, tiga orang daripada mereka telah dijemput Ilahi dan seorang lagi mangsa masih dirawat di hospital.

Apa yang menyentuh hati adalah apabila seorang kakak kepada Allahyarham Ayuni Shazwanie Shabri ada memuatnaik satu video yang memaparkan detik terakhir semasa adiknya itu bercuti bersama rakan-rakannya.

Satu Malaysia doakan adik

Allah, apa amalan adik sampai solat jenazah macam solat jumaat

“Allah dik, apa amalan adik semua orang sayang adik. Orang tak behenti-henti ziarah adik dan sedekah tak behenti”.

“Kami p kedai nak beli barang orang tak mau ambik duit sedekah dekat adik. Solat jenazah adik macam solat jumaat”.

“Time nak simpan adik orang ramai sangat-sangat, jalan jem dik. Ramainya orang sayang adik. 1 Malaysia doakan adik”.

Kenangan terakhir mereka bersama

Menerusi perkongsian Erina Shabina Shabri di Facebook, dia turut memuatnaik satu
video yang diambil dari akaun Instagram Story milik Allahyarham yang memperlihatkan mereka berempat dipercayai sedang bersiar-siar di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya sebak dengan nasib yang menimpa mereka.

Ada juga netizen yang menyifatkan percutian gadis-gadis ini sebagai kenangan terakhir mereka bersama.

Salam Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.