[VIDEO] “Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?” Terkenang Cuti Luar Negara, Nadya Syahera Pohon Doa Hapus COVID-19

Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi foto memori tahun lepas apabila dirinya sekeluarga bercuti ke luar negara. Meski banyak dugaan yang perlu didepani kerana membawa dua anak kecil ke destinasi percutian yang agak jauh berbanding sebelum ini, namum dia gembira apatah lagi apabila mengenangkan situasi semasa yang berlaku ketika ini. “Antara kenangan tahun lepas, 1st time [...]

Melalui hari-hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti membuat ramai terkenang semasa bebas dahulu.

Tidak ketinggalan, pelakon Nadya Syahera ada berkongsi foto memori tahun lepas apabila dirinya sekeluarga bercuti ke luar negara.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nadya berkongsi bagaimana dia sekeluarga mendepani dugaan kerana membawa dua anak kecil ke destinasi percutian yang agak jauh berbanding sebelum ini.

Namun dia gembira apatah lagi apabila mengenangkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.

“Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye.

“Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.

“Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy,” tulisnya.Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Chandelier ini turut berdoa agar umat Islam dapat meraikan Syawal sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

“Pastu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena.

“Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan? Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni.

“Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Rata-rata netizen turut saman mendoakan agar tempoh PKP ini cepat berlalu dan dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Nadya Syahera merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah.

Nama Nadya mula meningkat naik selepas melakonkan watak antagonis bernama Bella dalam drama Dia Semanis Honey.

Nadya juga seorang yang kuat melatah dan sering menjadi mangsa usikan daripada rakan-rakannya.

Nadya mendirikan rumah tangga dengan Hafizul Nawi pada 25 September 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Anak sulungnya, Aleena Rose dilahirkan pada 1 Mac 2017 manakala pada 7 Februari 2018, Nadya selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Mohamad Dayyan.