[VIDEO] “Aku ulang 7x, 7x jugak aku gelak” Shukri Yahya Tersasul Bikin Ramai Terhibur

Drama 7 Hari Mencintaiku merupakan antara drama yang menjadi kegemaran ramai terutama peminat drama tanah air.

Jika dilihat sebelum ini, sudah beberapa kali pelakon drama bersiri berjudul 7 Hari Mencintaiku memberikan bayangan bahawa adanya siri kedua yang tidak lama lagi akan bersiaran.

7 hari Mencintaiku 2 sepatutnya ditayangkan Ramadhan ini

Sebelum ini, ramai yang menyangka drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 ini bakal bersiaran sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu bermula pada 24 April 2020.

Namun begitu, drama kegemaran ramai ini dikatakan bakal ditunda kerana masih dalam penggambaran dan tidak sempat habis akibat PKP.

Shooting tak sempat habis sebab PKP

Selain itu, perkara tersebut turut dimaklumkan oleh pelakon terkenal, Siti Saleha menerusi laman Instagram miliknya.

“Raya tu belum lagi la , kita puasa dulu k. Selamat Menyambut bulan Ramadan. Berkah Allah selalu pada kita. Selamat merayakan dan menikmati bulan suci ini”.

“Rindu team #7harimencintaiku2 Shooting belum habis lagi , sadly tak dapat ditayangkan bulan Ramadan ini. Kita tunggu habis MCO”tulis beliau.

Siti Saleha berkata, shooting belum selesai dan yang lebih menyedihkan bahawa ia tidak dapat ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Apabila menjenguk pula ke Instagram milik hero drama ini, Shukri Yahaya juga berkongsikan video yang sama.

Gelagat lucu Syukri Yahya

Syukri Yahya yang dilihat mahu mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua namun gelagatnya yang tersasul itu membuatkan ramai peminat terhibur.

 

View this post on Instagram

 

Okay saya cakap sini jelah, tulis lg senang.. senyamat, ahhh SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! #7harimencintaiku2

A post shared by (@shukriyahaya) on

Ditambah pula, kapsyen yang ditulis menyatakan dirinya telah tersasul beberapa kali yang membuatkan dia ingin menulis ucapan selamatnya itu.

Sementara itu, peminat turut menbanjiri ruangan komen dan sempat mengusik pelakon popular ini sehingga berulang kali peminat mendengar gelagat lucu Shukri dalam video dikongsikan itu