[VIDEO] “Akhirnya keluar juga perkataan ‘mama,” Ibu Ainul Mardhiah Gembira Dapat Dengar Anak Sebut Mama

Bayi kesayangan rakyat Malaysia, itulah dia adik Ainul Mardhiah, yang dilihat semakin membesar dengan sihat dan bijak sekali, selepas selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya. Dalam perkembangan terbaru, menerusi muat naik video di Instagram ibu Ainul iaitu, Nurul Erwani, memaparkan Ainul buat pertama kalinya menyebut ‘mama’. Ainul dah pandai sebut ‘mama’ Hampir mencecah usia [...]

Kisah Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai apabila dia dibawa terbang jauh ke  hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut.

Dalam perkembangan terbaru, menerusi muat naik video di Instagram ibu Ainul iaitu, Nurul Erwani, memaparkan Ainul buat pertama kalinya menyebut ‘mama’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Hampir mencecah usia dua tahun, sudah semestinya itulah perkataan yang dinanti-nanti oleh ibu Ainul Mardhiah. Kata Nurul Erwani di dalam kapsyennya, saban hari Ainul berusaha untuk menyebut ‘mama’.

“Setiap hari latih Ainul untuk panggil mama. Alhamdulillah akhirnya keluar juga perkataan mama tu…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Melihat Ainul membesar dengan sihat, rata-rata netizen juga meluahkan rasa syukur dengan perkembangan positif bayi kesayangan rakyat Malaysia  itu.

Semoga Ainul akan terus sihat, dan membesar menjadi seorang insan yang berguna yang mampu menjadi inspirasi buat ramai orang.

Kisah Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai apabila dia dibawa terbang jauh ke  hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut.

Pembedahan itu berjaya dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain turut dibantu pelatih pakar bedah UK, Dr Nur Amalina Che Bakri.