[VIDEO] “Adik dah boleh jaga mak di Jannah” Adik Afdlin Shauki Pulang ke Rahmatullah

Pengarah dan pelakon popular, Datuk Afdlin Shauki hari ini berkongsi berita sedih apabila adik lelakinya telah dijemput menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya.

Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Afdlin menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Beliau memohon maaf dari semua jika ada sebarang kesalahan adiknya yang lepas dan menghubunginya jika ada hutang yang belum tertunai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau.

Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.

Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati.

Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. – Afdlin Shauki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Sebelum ini Afdlin ada memuat naik satu video di laman Instagram miliknya untuk meminta pertolongan saksi kejadian tersebut.

Afdlin meminta sesiapa yang mempunyai gambar atau video dashcam semasa kejadian untuk menghubunginya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.