[VIDEO] “Ada orang guna cara halus jatuhkan saya” Linda Rafar Sakit Misteri, Jumpa Ebit Lew

Pelakon Linda Rafar mendedahkan sudah hampir sebulan mengalami penyakit misteri. Menurut Linda sakit misteri itu dipercayai berpunca dari pihak yang cuba menggunakan cara halus untuk menjatuhkannya. Juteru, Linda berjumpa dengan pendakwah bebas Ebit Lew untuk mendapatkan nasihat dan panduan bagi mengubati penyakit tersebut. “Moga apa yang ustaz kongsi ni dapat membantu sedikit sakit yang hampir [...]

Pelakon Linda Rafar telah mendedahkan beliau sudah hampir sebulan mengalami penyakit misteri.

Menurut Linda lagi, penyakit misteri itu dipercayai berpunca dari pihak yang cuba menjatuhkannya dengan menggunakan cara halus.

Difahamkan pelakon itu turut berjumpa dengan pendakwah bebas Ebit Lew untuk mendapatkan nasihat dan panduan bagi mengubati penyakit misteri tersebut.

Hampir sebulan saya menderita sakit misteri

“Moga apa yang ustaz kongsi ni dapat membantu sedikit sakit yang hampir sebulan Linda alami ini”.

“Rambut sama hitam, hati hanya Allah yang tahu, sedih dan tak sangka ada juga orang guna cara halus untuk jatuhkan saya.” ujar beliau.

Selain itu, Linda turut memuat naik satu video berkongsi bersama pengikutnya di Instagram mengenai perkara tersebut.

Saya tidak akan balas dendam

Menerusi entri tersebut, video yang dikongsikan menunjukkan pertemuannya dengan pendakwah bebas itu bagi mendapatkan pandangan mengenai penyakit misteri yang dialami beliau.

Walaubagaimanapun, Linda mengakui beliau tidak akan membalas dendam kepada pihak yang menganiyai beliau.

Saya tidak akan balas, biar Allah yang menentukan

Beliau berharap pihak yang menganiyai beliau menerima balasan daripada Allah atas perbuatannya.

“Saya tidak akan balas. Biar Allah sahaja yang menentukan, setimpal dengan sakit yang saya tangung selama ini, Allahuakbar,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on

Terdahulu, Linda pernah memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan biadap seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat arwah ibunya yang sakit pada awal tahun lalu.

Isu berkenaan berlanjutan sehingga Linda terpaksa memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang bertanggungjawab memburukkan imej dan nama keluarganya.

Namun begitu, perkara tersebut telah selesai selepas Linda mengambil keputusan memaafkan semua yang pernah terlibat dalam isu tersebut.