[VIDEO] “Ada makcik doakan saya dapat kembar 3” Wanita Ini Kongsi Kisah Semasa di Makkah

Beberapa hari lepas, tular di media sosial Facebook kisah pasangan yang selama ini beraya berdua selama 5 tahun, tetapi beraya berlima pada tahun ke-6!

Pasangan ini telah dikurniakan kembar 3 orang anak sekaligus menjadikan raya mereka kali ini paling bermakna.

Menurut ibu kembar tiga ini, Raihana Kadir menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan seorang makcik di Makkah ketika menunaikan umrah.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Ada makcik doakan saya semasa di Mekah

Saya tak pernah doa untuk dapat anak kembar, lagi2 kembar 3.. setakat teruja dengan orang lain yang ada anak kembar tu ada la..

tapi saya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar 3 masa saya berada di Mekah menunaikan ibadah haji 2 tahun lepas..

bila saya dapat tahu saya mengandung kembar 3, tibe2 saya teringat makcik yang mendoakan saya tu, muka tak ingat tapi kata2 nya saya ingat sampai sekarang..

Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik2 di sebelah saya menegur saya.. mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam2 lagi..

mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji.. alhamdulillah rezeki saya dan suami.. dan soalan fomous selalu saya dapat adalah ‘anak dah berapa?’

Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab ‘belum lagi cik, acik doakan saya ye’ jawapan yang selalu saya repeat bila dapat soalan serupa itu..

Terus salah seorang makcik disitu menjawab ‘acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3’

Terkedu kejap ‘ala cik, jangan la 3’ dalam hati saya boleh ke pregnant 3 orang..

‘Acik doakan kau ni’

‘Hihi ok cik.. aamiin..’

Lepas kejadian tu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa.. Dan alhamdulillah doa acik tersebut dimakbulkan oleh Allah..

11/10/2018, LPPKN KL

selepas checkup dengan doc dan mendapat tahu saya pregnant 3 orang, saya suami isteri termenung, tersenyum, teruja dan semua ada..

saya tanya suami ‘bang, ok ke 3?’ Suami jawab ‘abang ok je, alhamdulillah rezeki’
‘Bang, nak tau tak masa kita pergi haji dulu, ada makcik ni doakan ayang pregnant kembar 3 bila balik malaysia ‘

 

View this post on Instagram

 

Tiga2 nangis.. kalut ibu buat susu.. last2 abah suapkan huda n harras .. ibu breastfeed haris.. fuh..

A post shared by Huda_Harras_Haris (@rh_triplet) on

‘Yeke?’ Terkejut dengan penyataan saya..
‘Aah..’

Ya allah semua itu rezeki dari Kau.. Kau yang mengizinkan semuanya.. aku hanya berusaha, berdoa dan bertawakal.. alhamdulillah lahirlah ketiga2 mereka dengan sihat.. semoga anak2 ini terus sihat dan menjadi pejuang2 islam akan datang..

Semoga kalian juga direzekikan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. aamiin.. teruskan berdoa dan mohonlah orang sekeliling mendoakan kita jua.. semoga Allah permudahkan urusan kalian.. aamiin..

*semalam genap usia kami sebulan..
18/4/2019
1.23pm, 1.25pm, 1.27pm