Video 4 Myvi Putih Accident, Komen Netizen Pula Buat Ramai Berdekah!

Di Malaysia, Myvi merupakan kereta paling famous. Manakan tidak, setiap bulan kalau tidak ada isu tentang Myvi memang tak sah, ada sahaja yang hendak dilakukannya.

Iospital phone repair gombak

Terbang atas divider lah, sondol Hilux lah, masuk longkang, bahkan baru-baru ini siap langgar pokok kelapa sawit sampai tumbang! Memang serba boleh betul.

Jadi tidak hairan lah jika kenderaan buatan Malaysia ini dipanggil ‘King’ di atas jalan raya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana kemalangan yang melibatkan empat buah Perodua Myvi telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @muhdtaufiq247, kelihatan empat Perodua Myvi itu sedang berhenti di bahu jalan selepas mengalami kemalangan sesama mereka.

Pun begitu, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah keempat-empat myvi tersebut berwarna putih.


Dapat kita lihat, pelbagai jenis generasi daripada Myvi yang lama sehinggalah Myvi keluaran terbaru.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat video tersebut malah berseloroh mengatakan mereka seperti sudah merancang perjumpaan keluarga.

“Myvi putih tu brake pastu yg Myvi putih tu terlanggar Myvi putih tu pastu Myvi putih tu nak elak tapi terlanggar Myvi putih tu” – Netizen

Walaupun terdapat pelbagai komen lucu namun ada juga yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

“Myvi putih tu yang salah”

“Betul betul berjemaah ni.. reunion king..”


“Semua berebut nak jadi king.. jenuh polis nak tulis report..”

“Dah plan ke ni weyh.. hahahaha sekali jumpa kena gempak..”

“Berebut takhta dengar2nya.. semua gen ada..”

“Anak beranak pun nak gaduh..”

“Along, anagah, alang total ada 4 beradik kan? yang bongsu baru keluar 2022 ni je yang tak join”


Video yang tular di laman TikTok:

@muhdtaufiq247 Semoga dipermudahkan segala urusan #kingmyvi #myvi #myvimalaysia ♬ suara asli –