Vida Bimbang Bapa Kandung Nak Jumpa Cik B & Kacak, Tweet Lama Cik B Jadi Perhatian

Pemilik nama Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza binti Othman sering menjadi perhatian para netizen.

Manakan tidak, namanya acap kali disebut dek kerana terpalit kontroversi yang bagai tiada penghujungnya.

Pelbagai cerita yang timbul mengenai dato vida dimana berkait dengan anaknya iaitu Kacak dan Cik B, ada juga yang berkait dengan bekas PA nya dan bermacam lagi.

Namun lain pula cerita kali ini dimana Usahawan kosmetik popular meluahkan rasa gusar apabila bapa kandung kepada anak-anaknya, Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak datang ke kediamannya di Ipoh untuk melawat mereka.

Difahamkan, Dato Vida menemui jalan buntu apabila kedua-dua anaknya belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah kandungnya yang dikenali sebagai Mohd Amin Yasin, 43.

Oleh itu, Dato vida memuat naik luahannya dalam satu posting di laman Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Tolong, seharian tak keluar bilik duk fikir. Mama sayang anak-anak mama.”

“Ayah Cik B dan Kacak datang Ipoh malam-malam nak jumpa Cik B dan Kacak tapi mereka belum bersedia. Apa patut saya buat?” katanya.

Bukan itu sahaja, pengawal peribadi Vida yang dikenali sebagai Datuk Zack bergegas datang ke Dato Vida pada malam tadi setelah mengetahui perkara tersebut menerusi satu siaran IG Live Dato Vida.

Dalam masa yang sama, ada sesetengah warga netizen menegur akan sikap Dato Vida yang mencampur aduk masalah peribadi dengan para netizen dan membuka isu keluarganya kepada umum.

Hal ini kerana netizen beranggapan bahawa Dato Vida sudah cukup matang untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Antara komen-komen netizen:

“Keep private as private dato. Berhenti libatkan netizen dalam masalah keluarga dato, saya risau banyak keburukan daripada kebaikan. Dato dah terlalu matang dan berumur untuk fikir baik buruk. Lagipun hak ayah dan anak tetap ada tak kira apa jadi,” tegur seorang wargamaya.

“Satu je, jangan sibuk sebar kat IG. Settle diam-diam. Tu kan masalah keluarga? Buat apa perlu nasihat netizen,” kata seorang wargamaya.

“Tanya anak-anak. Bukan cerita kat sini,” komen seorang wargamaya.

“Maaf dato, kadang-kadang ada benda kita perlu privasi. Bukan semua nak bagitau kat social media sebab andaian orang ni bermacam-macam dan kita tak mampu nak tutup mulut orang. Settle diam-diam,” ujar seorang wargamaya.

“Itu masalah dato la, bukan masalah netizen,” tulis seorang wargamaya.

“Hal family sendiri, settle sendiri la dato. Tu pun nak kena ajar. Nanti netizen kecam, netizen yang dapat dosa,” kata seorang wargamaya lagi.

Tweet lama Cik B jadi perhatian

Terdahulu, Cik B juga pernah menceritakan kisah hidupnya semasa kecil yang penuh dengan derita dan kesedihan di Twitter.

Malah, media pernah melaporkan di mana Kacak mengakui takut untuk bertemu dengan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Amin Yasin.

Dia mengakui masih memerlukan masa yang secukupnya sebelum bertemu ayahnya.

“Pengalaman ketika bersama satu masa dahulu membuatkan saya takut untuk bertemunya.

“Jadi perkara itu masih melekat dalam fikiran saya,” katanya pemberita di sini hari ini.

Untuk rekod, Dato Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Dua daripada anak mereka meninggal dunia pada 2013. Mohd Amin dan Vida bercerai pada 2008 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.