Tunjuk Jari Tengah & Baling Botol Sos Pada Rider, Peniaga ‘Naik Hantu’ Bila Tanya Pasal Order

Sebagai peniaga, sudah tentu perlu lebih menitik beratkan bab adab. Adab dalam memasak, adab dalam mempromosikan makanan dan yang paling penting, adab sesama manusia terutamanya pelanggan serta penghantar makanan.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang rider mencuri perhatian ramai.

Kejadian tersebut berlaku di Cheras dan difahamkan rider telah lama menunggu peniaga itu menyiapkan pesanan pelanggan.

Namun, kira-kira 50 minit sudah berlalu, makanan tersebut masih belum disiapkan membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada peniaga bila pesanan pelanggannya akan disiapkan.

Oleh kerana berang ditanya sebegitu, peniaga tersebut seolah-olah ‘naik hantu’ dengan memarahi rider tersebut dan apa yang mengejutkan adalah dia menunjukkan jari tengah serta membaling botol sos kepada rider.


Rider: “Sudah 50 minit, bukan tak tunggu”

Peniaga: “Tu banyak rider Grab pun, takde kecoh macam kau!”

Rider: “Apa kecoh? Sudah 50 minit saya tunggu?”

Peniaga: “Tak payah nak rakam-rakam lagi! (Baling botol sos) Anjing! Kau nak rakam lagi ha!

“Biasa saya dah tahu perangai dia, so saya pun tak bising. Ni tanya jer, cakap saya kecoh. Lagipun saya tanya je sebab order belakang rider number 604 sudah siap. Nombor saya 603 dah siap ke belum? Dia dah mengamuk, dah tinggikan suara. Saya sound baliklah dia,” kata rider tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap wanita tersebut yang dianggap ‘melebih’.

Manakan tidak, rider tersebut hanya bertanya soalan mengenai makanan dengan cara baik namun dibalas dengan sangat biadap.

Ada juga netizen yang terdiri daripada peniaga kecewa dengan sikap wanita tersebut yang disifatkan seolah-olah tidak bersyukur dengan rezeki yang diberi kerana ada peniaga yang sangat gembira walaupun hanya menerima satu order.

Antara komen warga maya:

“Memang sendiri yang minta tutup periuk nasi sendiri ni..”


“Nasib rider bang.. tanya order kena marah.. hantar makanan lambat pun kena marah..”

“Terhina sangat rider sampai macam tu sekali di layan..”

“Saya pun niaga.. tertunggu2 order masuk..dapat 1 pun alhamdulillah”

“Bagi tahu lokasi senang nak cancel bila dapat order dia”

Video yang tular di laman TikTok:

@tiktokgraphyofficial behave ye kak..rider kejar oder, tanya pun salah ke 😔 #viral #tiktokviral #foodpanda #shoppefood #grab ♬ original sound – Suprie Belenyon