“Tunggulah nanti bila dia jumpa sushi RM1” Reaksi Orang Jepun Terhadap Menu Family Mart Dirojakkan Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sudah terdapat pelbagai kedai serbaneka seperti 7-Eleven telah diwujudkan di sini. Kedai serbaneka ini kebanyakannya datang dari negara Korea ataupun Jepun kemudian dibuka di Malaysia.

Iospital phone repair gombak

Salah satu kedai serbaneka yang popular dan menjadi topik hangat pada hari ini ialah Family Mart.

Family Mart merupakan rangkaian francais kedai serbaneka Jepun yang berpusat di Toshima, Tokyo.

Menu yang menjadi sambutan orang ramai sewaktu pembukaan awal Family Mart di sini, ialah aiskrim lembut berperisa Matcha (Matcha Sofuto) dan Oden yang dihidangkan bersama kuah tomyam mengikut selera masyarakat setempat.

Oleh hal demikian baru-baru ini, tular di laman Tik Tok mengenai seorang wanita Jepun meluahkan rasa hairan apabila melihat menu makanan yang dijual di Family Mart Malaysia.

Berdasarkan keterangan wanita itu yang juga merupakan wakil Google New York, menu yang dijual di Malaysia berbeza daripada apa yang dijual di Jepun.

“Crawfish? Saya tidak tahu. Sekali lagi saya tegaskan Jepun tidak makan Crawfish, jadi saya sangat tertanya-tanya bagaimanakah rasa Crawfish Onigiri tersebut,” tanya wanita berkenaan.

Jelas wanita itu, ini merupakan kali pertama dia melihat makanan Jepun yang dicampurkan dengan bahan-bahan pedas misalnya seperti kuah tomyam yang dijadikan sebagai kuah Oden.

Dikatakan bahawa sebenarnya orang Jepun tidak makan makanan yang pedas jadi menu tersebut tidak wujud di sana.

“Ini sangat genius (paparkan menu Oden Malaysia). Oden di Jepun biasanya hanyalah fishcake yang direbus tanpa perasa. Tapi kuah tomyam dan kuah sate?? Ini sangat genius. Ini perlu diimport ke Tokyo,” terangnya kagum dengan menu yang di’fusion’ kan dengan selera masyarakat di sini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh mengenai pelbagai makanan Jepun lagi yang dirojakkan di Malaysia yang belum diketahui olehnya.

Antara komen netizen:

“Wait till they see malaysian takoyaki😂… takoyaki should be baby octopus but we had sausage, chicken, and crab stick version hahaha”

“Wait until she saw sushi seringit”


“the moment she knows about Malaysia version of Takoyaki, Halal Ramen, Sushi and Yakisoba”

Video yang tular:

@durianator She's Mariko Kosaka from Google New York #devfest2022 ♬ original sound – durianator