Tumpang Resort & Beri Makanan Untuk Pasukan Penyelamat Tanah Runtuh, Bonda Rozita Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi duka dimana berlakunya tanah runtuh di Father Organic Farm yang terletak di Batang Kali.
Iospital phone repair gombak
Meragut nyawa puluhan mangsa, kini operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih belum dijumpai.

Pun begitu, apa yang mencuri perhatian ramai adalah salah seorang usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita turut tampil bagi memberikan bantuan kepada pasukan penyelamat.

Bagi memudahkan urusan pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis dan bomba, Bonda Rozita telah memberikan kebenaran supaya resort miliknya digunakan sebagai tempat berehat anggota yang terlibat.

Bukan itu sahaja, pekerja-pekerja di Rumah Terapi Alam yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian turut membantu menyediakan makanan.

Menerusi satu video yang dipercayai merupakan salah seorang anggota yang terlibat, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bonda Rozita yang bermurah hati kerana memberikan kemudahan tersebut.

Bonda juga sempat menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh itu.

“Rumah hutan tak boleh beroperasi, sekatan jalan sekitar resort @rumah.terapi.alam atas arahan kerajaan sampai ke genting. Kami tak kerja.. staf ramai pulak tu.. saya benarkan staf sumbangkan tenaga mereka ke lokasi kejadian”


“Staf bonda dapat masuk sbb kasi makanan dari rumah hutan.. Sejak awal kejadian area parking resort halaman @rumah.terapi.alam rumah sampai hari ni penh dgn kereta2 polis & bomba”

“Kesian , kami ikut sama berdukacita terbayang pedihnya perasaan keluarga mangsa, datang ramai2 ending jadi begini.. tak siapa tahu benda nak jadi atas ketentuan Allah semua yg berlaku.. Kami simpati dan berkirim takziah pada semua keluarga mangsa” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat keprihatinan yang ditunjukkan oleh Bonda Rozita dalam situasi ini.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar segala urusan mencari dan menyelamat dipermudahkan dan ke semua mangsa ditemui dengan segera.

Antara komen warga maya:



Video yang tular:

@joker8scarface #rumahbonda #rumahbondarozita #batangkali #semutmerah #fypシ #fypage #prayforlandslidevictims ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip

@rumah.terapi.alamSalam takziah kami ucapkan kepada mangsa yang teribat dan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Fathers Organic Farm.

♬ Sad – Enchan