Tular Video Pasar Selayang ‘Dijajah’, DBKL Dan MPS Sita Barang Rohingnya Berniaga Tanpa Lesen

Bila lalu sahaja di kawasan Selayang terutamanya Pasar Borong Selayang, pasti ramai warga Rohingya yang duduk di tepi jalan berniaga barangan basah. Malah lebih teruk, ada juga diantara mereka yang tampil mendedahkan Selayang merupakan tempat Rohingya dan meminta orang lain tidak mengganggu kehidupan mereka disana.
Iospital phone repair gombak
Namun hakikatnya, mereka hanyalah pelarian yang ‘menjajah’ tanah melayu dengan mendesak agar diberikan ‘hak keistimewaan’. Tidak hairanlah ramai yang kurang senang dengan tindakan mereka.

Lebih menjadi isu adalah pihak berkuasa yang didakwa seolah cepat ambil tindakan buat warga Malaysia namun tidak bagi warga Rohingnya yang berniaga tanpa lesen. Masalah yang berlaku telah mendesak seorang individu yang tampil untuk menyuarakan isu yang melanda sekaligus tular di media sosial.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tampil menjalankan dengan menyita barang niaga warga Rohingnya yang didapati berniaga tanpa lesen mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, kelihatan tindakan tegas itu mula dilakukan oleh pihak berkuasa dan netizen berharap agar serbuan yang dibuat ini dijalankan secara kerap bagi menangi isu warga Rohingnya yang berniaga tanpa lesen di kawasan ini.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan reaksi yang positif tentang situasi tersebut, manakan tidak, makin dibiar makin menjadi-jadi.

Antara komen wargamaya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter dan Facebook: