Tuah Bersahabat Dengan Orang Pekak Bisu, Anggota JPJ Gembira Dapat Berurusan Dengan OKU Guna Bahasa Isyarat di Kaunter

Bagi seseorang yang bidang kerjanya perlu berurusan dengan orang ramai, ilmu pengetahuan bahasa yang luas adalah bonus, selain mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, ada juga OKU yang tidak mampu untuk menyuarakan keinginan mereka dengan kata-kata tetapi melalui bahasa isyarat.

Seperti yang tular baru-baru ini, kegigihan seorang lelaki yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) berurusan di kaunter disanjung ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh anggota JPJ tersebut, Zulhairi Zamri, memaparkan situasinya berkomunikasi dengan seorang lelaki OKU menggunakan bahasa isyarat di kaunter JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lelaki yang berusia 23 tahun ini juga seperti bidan terjun kerana tiba-tiba ‘diseru’ ke kaunter bagi membantu OKU tersebut memahami perkara yang ingin dijelaskan.

Menurut Harian Metro, Zulhairi mempelajari bahasa isyarat menerusi buku pemberian daripada rakan baiknya yang juga seorang OKU bisu serta pekak iaitu Mohammad Hafis Izzuan Abdul Rahman, 28.

Selain dirinya, beberapa rakan sekampung serta abangnya juga mengambil inisiatif untuk mempelajari bahasa isyarat agar senang untuk berkomunikasi.

Dalam pada itu, Zulhairi menjelaskan bahawa dia tidak bertugas di kaunter namun dirinya sering dipanggil oleh anggota di bahagian tersebut untuk memudahkan urusan yang melibatkan OKU.

Luahnya, dia berasa gembira kerana dapat membantu lelaki tersebut dan mengeja setiap pergerakan jari agar mudah difahami selepas mengambil masa sebulan untuk menguasai bahasa isyarat.

Sejak video berdurasi 38 saat itu dimuat naik beberapa minggu yang lepas, ianya berjaya mengumpul jumlah tontonan sebanyak 180.1 ribu manakala mengaut sebanyak 8533 tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata memuji kemahiran anggota ini berbahasa isyarat. Bukan itu sahaja, dengan kemahirannya itu secara tidak langsung dapat memudahkan urusan OKU.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“nie lah sebb penting nya dak2 depan kaunter pertanyaan belajar benda nie..”

“Terbaikkkk encik! Ilmu itu akan memberi manfaat kpd org yg memerlukan. Tahniahhhh”


“”awak lambat datang puspakom””

“tahniah ..trm ksh krn anda telah memudahkn urusan org lain..”

Video yang tular di laman TikTok

@khaizamri_ Alhamdulillah dapat bantu hamba allah yg kurang sifat untuk kenderaan perdagangan beliau ☺️ #jpjmalaysia ♬ suara asli – Hendra Atlantis