“Anak buat tiktok, dia tolong tamparkan nyamuk” Isteri dan Anak Yassin Senario Jadi Perhatian Netizen

Siapa lagi tak kenal dengan pelawak tanah air Yassin Yahya yang baru sahaja namanya melonjak hangat semula selepas bergandingan dengan Saiful Apek menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza Musim Ke-8.

Dengan adanya rancangan nyanyian seperti itu, dapat lah sedikit sebanyak menaikkan semula nama kedua-dua pelawak yang sudah sedia terkenal itu walaupun perjalanan mereka di dalam GV 8 kekal sehingga minggu suku akhir sahaja.

Korang mesti ingat nama Yassin sahaja yang menjadi bualan ramai selepas menyertai GV 8 kan? Tidak. Isteri dan anaknya juga menjadi perhatian ramai peminat!

Kejadian tersebut terjadi apabila anak Yassin iaitu Warda ingin merakam sebuah video TikTok bersama ibunya, Farrah Waheeda menggunakan sebuah sound yang sedang viral dalam aplikasi itu.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah, bukan sahaja kerana rupa paras Warda yang comel, namun bapanya turut dihalang daripada turut serta mereka berdua menari!

“Tu lah pengorbanan ayah.. anak nak buat tiktok pun, dia tolong tamparkan nyamuk. Mulia hatimu Ayah.. ”

Selepas Yassin dihalang Warda untuk join menari sekali, Yassin tetap menari namun kedudukannya jauh sedikit daripada anak dan isterinya, akur dengan permintaan anaknya itu.

Yassin juga sempat melakukan aksi-aksi kelakar yang bikin dekah ramai. Walaupun tak tahu sangat step tarian tersebut, dia menari dengan spontan sampai terkeluar step pukul nyamuk!

Warda tak kurang lincah dan cute juga apabila menari di hadapan kamera bersama ibunya.

Oleh sebab keluarga tersebut spontan dan kelakar, video yang dikongsi oleh isteri Yassin sudah mencecah tontonan sehingga 1.4 juta kali! Diikuti dengan 62 ribu tanda suka, 1675 komen dan 1397 kali perkongsian!

Video yang tular di laman TikTok

@puteriwarda17 part2 bapaknya masuk #yassinsenariounion #mybabygirl #anakmamababa #sukasuka #fyp #gegarvaganza2021 ♬ Dj BonBon Remix – || •

Di ruangan komen, ramai yang tak sangka pelawak yang terkenal dengan filem Senario itu sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan. Pun begitu, mereka turut memuji kecantikan isteri dan anak Yassin selain tertawa melihat gelagat Yassin yang taknak kalah bersama anaknya.

Berikut antara komen-komen diberikan oleh netizen di TikTok

“Jumlah yg baru tahu yasin da kwen dan cantik ank istri nye.. ”

“baru tau yasin dh kawen dn ada anak”


“tgk gerak Geri Yasin pun da trgelak… tu tampar apa enth …”