Connect with us

Selebriti

“Top management Astro boleh terangkan pada semua..” Shuib Jawab Persoalan Tidak Muncul Dalam Sepahtu Reunion

Nama kumpulan Sepahtu dalam industri seni dan komedi tanah air ini sentiasa menjadi perhatian netizen dengan jenaka mereka yang tidak kering gusi. Malah kumpulan ini juga mempunyai sitkom komedi mereka sendiri iaitu Sepahtu Reunion Live yang dianggotai oleh Jep, Shuib, Rahim, Mamat, Pak Ya dan Ebby Yus.

Pun begitu tidak lama kemudian, Shuib memaklumkan bahwa dia akan mengundurkan diri dari dunia seni untuk seketika dan memberikan fokus kepada keluarga dan perniagaanya. Selepas lebih setahun tidak muncul di mana-mana rancangan komedi dan sebagainya kini Shuib sudah kembali aktif dalam industri hiburan dan menjadi penyampai radio di Suria Fm.

Susulan berita tersebut, ramai di antara peminat-peminat yang tertanya-tanya akan kemunculan semula Shuib di Sepahtu Reunion Live 2022. Manakan tidak, sejak ketiadaanya dalam rancangan tersebut ramai yang merindukan lawak Shuib yang santai.

Memetik sumber, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tampil menjelaskan dia tidak akan kembali muncul dalam Sepahtu Reunion Live di atas sebab-sebab yang tertentu.

“Ada sebab mengapa saya tidak mahu lagi terlibat dalam program tersebut. Pihak pengurusan tertinggi produksi tahu jawapannya dan saya anggap mereka bertanggungjawab kenapa saya tidak ada lagi dalam program tersebut…”

“Mereka ada berbincang untuk saya kembali. Namun rasanya tidaklah buat masa ini. Saya pun tak mahu nak panjangkan cerita dan komen lanjut tentang apa yang telah terjadi,” katanya.

Dalam pada yang sama, Shuib juga menolak dakwaan yang mengatakan ada perselisihan faham di antara ahli kumpulan lain termasuklah Mamat. Bukan itu sahaja, dia menolak kemungkinan untuk kembali bergabung dalam kumpulan Sepahtu untuk mana-mana program.

“Saya dengan Mamat pun sudah lama tidak berhubung. Walau tinggal berdekatan, kami tidak pernah berjumpa. Takut nak katakan tidak mahu kembali bersama kerana saya tak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari…Bagaimanapun buat masa sekarang saya boleh katakan tidak akan bergabung kembali.”

“Orang mungkin kata hubungan kami tidak baik… sebenarnya tidak ada sebarang masalah pun. Cuma masing-masing sibuk dengan kerja sendiri,” ujarnya.

Menurut Shuib, dia menyifatkan kesibukkan kerja adalah salah satu cara yang terbaik untuk dirinya mengurangkan kesedihan selepas permegian isteri tercinta. Pelawak ini juga mengakui lebig selesa membuat haluan sendiri seperti menyertai radio Suria Fm.

“Saya lebih selesa jalan sendiri dan buat perkara untuk kegembiraan sendiri. Contohnya menyertai Suria FM juga adalah perkara yang buat saya gembira..Kesedihan lalu pun belum dapat saya ubat sepenuhnya. Masih lagi teringat apabila pulang ke rumah. Jadi saya harap apa yang saya buat di masa akan datang ini menggembirakan diri sendiri,” tambahnya lagi.

Video tular di laman Tiktok:

@mstarmalaysia Patut lama tak nampak Shuib di Sepahtu Reunion Live. #beritatiktok #mstaronline ♬ original sound – mStar Official

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)