Home / Travel / Top 10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia

Top 10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia

Setiap tahun, Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menerbitkan indeks keamanan global untuk mengukur tahap keamanan dan kedamaian sesebuah negara atau rantau. Ranking ditentukan berdasarkan sistem mata.

Setiap negera dianugerahkan mata untuk satu set petunjuk dan negara-negara dengan skor yang tinggi dianggap sebagai selamat dan sebaliknya.

IEP menggunakan 22 penunjuk dalam mengukur indeks ini termasuklah perang/perang saudara, jumlah kematian, pembunuhan beramai-ramai bagi setiap 100,000 orang, kemudahan akses senjata api, hubungan dengan wilayah jiran, bilangan banduan, perbelanjaan ketenteraan, aktiviti pengganas, ketidakstabilan politik merupakan antara yang utama.

10. Korea Utara

korea utara negara paling berbahaya di dunia

Korea Utara adalah negara dengan kuasa nuklear yang mana dunia tidak tahu apa-apa mengenainya. Semua aspek hak rakyatnya dikawal oleh kerajaan. Selepas mendapat kemerdekaan daripada Jepun, Korea terbahagi kepada dua bahagian dan Kerajaan Komunis Korea Utara diperintah oleh keluarga Kim.

Pembangunan ketenteraan yang pesat dan perang dengan Korea Selatan membuatkan ekonomi negara ini tidak stabil. Rakyat tidak memiliki apa-apa di negara ini kerana semuanya adalah milik kerajaan.

Ini mengakibatkan rasuah di tahap tertinggi. Menurut PBB, Korea Utara mempunyai rekod pelanggaran hak asasi manusia antara yang terburuk di dunia dan rakyat mereka tidak mempunyai hak kebebasan bersuara serta akses kepada keperluan asas manusia.

Kerajaan sewenang-wenangnya menahan dan menyiksa rakyat yang menentang pandangan pemimpin tertinggi. Banyak kematian disebabkan politik, hukuman mati, kekurangan makanan, infrastruktur, dan keperluan asas meletakkan Korea Utara di antara 10 negara paling berbahaya di dunia.

9. Pakistan

pakistan negara paling berbahaya di dunia

Di kedudukan ke-9 negara paling berbahaya di dunia adalah milik Pakistan. Sejak merdeka, Pakistan terlibat dalam 3 peperangan dengan India yang telah melemahkan ekonomi mereka. Ketidakstabilan politik dan pemerintahan tentera membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

Sebuah negara yang diasaskan sepenuhnya berdasarkan agama menjadi tempat selamat bagi puak pelampau dan menggunakan tanah Pakistan sebagai pangkalan mereka. Untuk memanipulasikan struktur kuasa geopolitik, Pakistan dan ISIS secara aktif menyokong dan melatih pemberontak (terutamanya untuk menentang India, Pakistan, Afghanistan dan Iran).

Dasar ini berhasil untuk jangka masa panjang namun baru-baru ini ia memakan diri apabila Taliban, Lashkar-e-Tayiba, Harkat-ul-Mujahideen dan kumpulan lain yang dilatih Pakistan telah membelot terhadap mereka.

Ketika ini Pakistan adalah negara yang paling terjejas oleh keganasan di dunia. Negara ini juga berhadapan dengan masalah mencabar seperti kemiskinan, rasuah, buta huruf, keganasan dan ketidaksamaan pendapatan.

Pakistan juga diserang oleh pengganas kira-kira sebanyak 1,500 kali setiap tahun termasuk serangan pada tahun 2014 yang membunuh 145 nyawa, 135 daripadanya adalah kanak-kanak.

8. Republik Demokratik Kongo

republik demokratik kongo negara paling berbahaya di dunia

Selepas pengasingan rejim autokratik, sejak tahun 1997, Kongo berada berhadapan dengan perang saudara yang berterusan. Lebih daripada 5.5 juta orang terbunuh akibat perang atau situasi yang berlaku disebabkan perang.

Pengasingan besar-besaran membawa kepada keadaan hidup yang kotor dan tak sihat, termasuk malaria, cirit-birit, radang paru-paru dan kekurangan nutrisi yang berleluasa di kawasan terlibat.

Separuh daripada mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Kongo mempunyai skor Indeks Pembangunan Manusia kedua terendah di dunia, di kedudukan 186 daripada 187 negara.

7. Republik Afrika Tengah

republik afrika tengah negara paling berbahaya di dunia

Negara terkandas Republik Afrika Tengah mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1960. Selepas kemerdekaan, negara ini berada di bawah pemerintahan tentera. Pertamanya, pilihan raya diadakan pada tahun 1993 dan selepas itu, berlaku pergolakan.

Sudan dan Sudan Selatan terletak di utara dan timur laut Republik Afrika Tengah dan pengaruh di 2 negara bermasalah ini dilihat merebak ke Republik Afrika Tengah.

Kerajaan, pelampau Kristian dan Islam masing-masing cuba untuk berebutkan kuasa pemerintahan negara. Konflik bersenjata berterusan ini membawa kepada kematian dan pengasingan sejumlah besar rakyat negara ini.

Banyak penyalahgunaan oleh pihak kerajaan, keganasan, hak asasi manusia yang teruk dan keganasan terhadap kanak-kanak serta wanita meletakkan Republik Afrika tengah di bawah radar banyak organisasi hak asasi manusia.

6. Sudan

sudan negara paling berbahaya di dunia

Sudan berhadapan masalah yang sama seperti Sudan Selatan. Keganasan etnik yang berpanjangan, 2 perang saudara dan konflik antara puak telah membahagikan negara menjadi pelbagai sektor, mengakibatkan terhasilnya Sudan Selatan.

Namun, apa yang menjadikan negara ini berbahaya adalah pembersihan entik, kemiskinan yang parah serta perhambaan yang berleluasa. Kelemahan kawalan kerajaan, keadaan kehidupan yang teruk dan daif serta pelanggaran hak asasi manusia meletakkan Sudan di kedudukan ke-6 negara paling berbahaya di atas muka bumi.

5. Somalia

somalia negara paling berbahaya di dunia

Somalia, negara tanpa kerajaan adalah tanah yang paling sesuai untuk kumpulan radikal. Somalia dibelenggu perang saudara sejak tahun 1991 dan ia merupakan salah satu perang saudara yang paling lama di dunia.

Perang berterusan ini membawa kepada negara ini mengalami kemiskinan yang melampau dana campurtangan antarabangsa menjadikan keadaan menjadi bertambah parah.

Serangan udaraa oleh Amerika Syarikat dan NATO meningkatkan sokongan kumpulan pengganas. Al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan banyak lagi kumpulan berasaskan puak bertanggungjawab dalam konflik ini.

Konflik tak berkesudahan ini bertanggungjawab ke atas ratusan ribu nyawa orang awam dan melanggar beberapa hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Ketika ini, “penjaga keamanan” yang diketuai oleh PBB cuba untuk memperbaiki keadaan di Somalia. Ekonomi yang musnah, kelaparan dan krisis air menjadikan Somalia negara ke-5 paling berbahaya di dunia.

4. Iraq

iraq negara paling berbahaya di dunia

Selepas tahun 2003, pencerobohan Iraq oleh Amerika Syarikat yang secara rasminya berakhir pada tahun 2011, adalah punca utama Iraq berada dalam senarai negara-negara paling berbahaya di dunia.

Sebelum itu Iraq diperintah oleh Saddam Hussein dan campur tangan AS telah menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein dalam perang selama 21 hari serta menghapuskan tentera Iraq.

Tentera AS campur tangan di Iraq dengan mendakwa untuk menhentikan Saddam daripada membina stok senjata kimia dan senjata nuklear yang mana kemudiannya dibuktikan sebagai tidak benar.

AS kemudiannya cuba untuk membetulkan situasi dengan memasang Kerajaan pro-AS yang mana menjadikan keadaan bertambah buruk disebabkan oleh diskriminasi kerajaan baru terhadap majoriti penduduk Islam Sunni.

Ketika ini, masalah utama negara ini adalah perkembangan pesat kumpulan ISIS. Dengan bantuan penduduk tempatan, kumpulan ini dapat merebut kawalan beberapa bandar penting seperti Mosul, Tikrit, Fallujah dan beberapa kawasan minyak. ISIS dikatakan mengawal 1/3 daripada Iraq, 1/3 lagi dikawal oleh pasukan Kurd dan bakinya dikawal oleh Kerajaan Iraq.

Pembunuhan besar-besaran dalam peperangan oleh pasukan AS/NATO bersama kumpulan pemberontak menjadikan Iraq sebagai negara ke-4 paling berbahaya di dunia.

3. Sudan Selatan

sudan selatan negara paling berbahaya di dunia

Bermula tahun 2011, Sudan telah terbahagi kepada dua negara berasingan iaitu Republik Sudan dan Sudan Selatan. Sejak kemerdekaan, negara timur laut Afrika ini dibelenggu perang saudara di antara puak yang berlainan, demi mendapatkan kuasa.

Konflik berterusan ini membawa kepada terbunuhnya beratus-ratus ribu nyawa dan mungkin mencapai jutaan nyawa. Ditambaah pula dengan keganasan terhadap etnik yang berterusan menyebabkan negara ini mempunyai kedaan kesihatan yang paling teruk di dunia.

Wabak malaria dan HIV yang berleluasa menjadikan situasi semasa bertambah buruk.

2. Afghanistan

afghanistan negara paling berbahaya di dunia

Afghanistan berada di tangga ke-2 senarai negara paling berbahaya di dunia. Sebab utama di sebalik kedudukan ini adalah pendudukan asing yang lebih daripada satu dekad. Selepas serangan 9/11, sekutu NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat memutuskan untuk menggulingkan Kerajaan Taliban Afghanistan dengan mendakwa negara ini adalah kediaman selamat kepada para pengganas.

Sejak tahun 2001, Afghanistan telah duduki oleh tentera Amerika Syarikat dan perang yang berlarutan ini mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan kebanyakan infrastruktur negara ini.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 12,000 nyawa terbunuh dalam konflik bersenjata dalam tahun ini sahaja yang terdiri daripada orang wam dan anggota keselamatan Afghanistan.

Perang yang berterusan ini menghancurkan ekonomi yang membawa kepada kadar pengangguran yang tinggi dan golongan muda terdedah kepada ekstremisma.

1. Syria

syria negara paling berbahaya di dunia

Sebab utama yang menjadikan Syria sebagai negara paling berbahayaa di dunia adalah perang saudara di antara beberapa kumpulan pemberontak dan pemerintahan diktator Bashar al-Assad.

Syria adalah negara yang mana majoriti pendudunya adalah Islam Sunni, dan diperintah oleh pemerintah Syiah yang mana kerajaannya mempunyai sedikit atau tiada sokongan majoriti rakyat.

Keadaan ini melahirkan protes dan konflik bersenjata di seluruh negara. Kerajaan Syria cuba menyelesaikan isu-isu ini dengan menggunakan kekerasan dan senjata kimia pada rakyat sendiri.

Rusuhan politik melahirkan beberapa kumpulan pemberontak bersenjata seperti tentera Free Syrian dan banyak lagi. Kumpulan lain seperti ISIS mengambil kesempatan atas situasi ini dan dengan sokongan oleh penduduk tempatan, mereka berjaya untuk menubuhkan kerajaan yang selari dalam beberapa bidang.

Anggaran kematian yang disebabkan oleh konflik berterusan ini adalah kira-kira 200,000 orang dan 1 hingga 1.5 juta yang lain cedera.

Kredit sumber: Iluminasi.com

Check Also

Top 7 Tempat Menarik Best Ipoh Wajib Datang!

Ipoh merupakan ibu negeri Perak yang sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. …