Tolong Ibu Bayarkan Tol, Gelagat Comel Si Cilik Kelam Kabut Masuk Kereta Takut Ditinggalkan Buat Ramai Terhibur

Pada era yang sedang membangun ini, pelbagai peralatan canggih telah dicipta dan dikeluarkan bagi kemudahan orang ramai.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita sedia maklum, Kecanggihan fungsi SmartTAG serta RFID pada hari ini menyebabkan agak ramai yang memilih kedua-dua laluan tersebut semasa mahu membuat pembayaran di mana-mana plaza tol yang menawarkan kemudahan tersebut.

Hal ini kerana ianya amatlah menjimatkan masa dan tidak perlu beratur lama dan menunggu giliran di plaza tol.

Pun begitu, ada juga yang yang lebih selesa untuk menggunakan kaedah lama dimana hanya menyentuh kad pada alat yang disediakan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki turun daripada kereta untuk membantu ibunya bayarkan tol mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jefrimache, kelihatan kereta yang dipandu oleh ibunya berada sedikit jauh dari kaunter bayaran dan menyebabkan ia sukar untuk membayar tol.

Disebabkan itu, berkemungkinan mereka meminta pertolongan si cilik itu.


Apa yang lebih membuatkan ramai terhibur adalah gelagat comel budak lelaki tersebut yang bergegas masuk keke dalam kereta selepas membayar tol. Manakan tidak, dia seolah-olah risau ditinggalkan oleh ibunya membuatkan ramai geli hati.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji tindakan cerdik budak lelaki itu yang sanggup turun membantu ibunya walaupun masih kecil dan memakai lampin pakai buang.

“Anak-anak aku sampai bergaduh kalau sampai dekat tol. Sebab masing-masing berebut nak tag. Lepastu mulalah maknya nak jadi singa” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang akui anak-anak mereka sampaikan bergaduh kerana berebut untuk tag kad touchNgo.

Antara komen warga maya:

“Haaa tinggal diaa.. kalau aku kaka dia lah, hahaha sukanya aku sakat macam tu”

“Aku pulak yang cemas takut tertinggal dia.. udahlah turun tolong touch untuk mak, kalau tertinggal, mau merjauk lama”


“Kalau aku kat belakangketa tu aku adh jerit cepat naik dik! cepattt sat gi kena tinggai”

‘Cuak dia takut kena tinggal”


Video yang tular di laman TikTok:

@jefrimache #Budaktol ♬ Kereta Malam – YKS-3