“Tiket Billie pun tak sampai 1k” Harga Tiket Konsert NOAH Cecah RM9K Buat Warganet Tergamam

Sejak kebelakangan ini, ramai penyanyi antarabangsa mengambil kesempatan untuk berjumpa peminat dengan melakukan konsert jelajah selepas sudah lama tidak beraksi di pentas. Sudah dua tahun negara terpaksa menghadkan segala acara yang membabitkan hiburan berikutan fasa pandemik yang melanda dan akhirnya semakin pulih dan kembali seperti biasa.

Oleh sebab itu, anak-anak muda juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri konsert yang diadakan julung-julung kalinya ini.

Malah kehadiran artis dari negara jiran seperti kumpulan Dewa, Ungu, Datuk Rossa, Afgan dan NOAH ke Malaysia membuatkan ramai teruja. Manakan tidak, ada di antara kita yang sememangnya membesar dengan mendengar lagu-lagu hits mereka.

Terbaharu, kumpulan NOAH atau dahulunya dikenali sebagai Peterpan bakal melakukan konsert pada bulan November ini. Pun begitu, tular di media sosial apabila harga tiket untuk konsert jelajah mereka membuatkan rata-rata warganet tergamam.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @IniAlalalannn di laman Twitter, memaparkan ‘seating map’ dengan harga tiket konsert tersebut termasuk faedah-faedah yang akan diterima. Pengguna ini juga sempat berseloroh mengatakan akhirnya ada juga artis yang boleh melaakukan konsert lagi mahal dari artis malaysia.

“Akhirnyaaa ada tiket konsert yang lagi mahal dari konsert kak ani. Kalau macam ni gayanya harga tiket konsert Noah, dengaq lagu kat Spotify ja laa” tulis pengguna tersebut.


Difahamkan, Konsert NOAH ini bakal diadakan pada 12 November ini di Zepp, Kuala Lumpur dan tiket dijual dari harga RM330 sehingga RM8898.

Walau bagaimanapun, konsert yang dianjurkan oleh YOLO ini akan memberikan ‘show kits’ kepada penonton yang membeli tiket dari harga RM400 ke atas.

 


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan harga tiket konsert NOAH yang menceccah sehingga RM9ribu. Bukan itu sahaja, ada yang membandingkan dengan harga konsert tiket penyanyi bertaraf antarabangsa sepertiBillie Eilish dan Datuk Rossa.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: