Kongsi Dugaan Dalam Perkahwinan, Puteri Sarah Akui Tertekan & Gagal Jaga Diri Sendiri

Terdahulu, isu berkenaan rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dilihat sudah semakin reda. Puteri Sarah yang telah memfailkan saman di atas gangguan serta pemerasan yang diterimanya. Malah Ira Kaza yang didakwa menjadi orang ketiga itu dipercayai sudah memberi keterangan lanjut kepada JAIS pada hujung Ogos.

Terbaharu, pelakon Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin ini telah mendedahkan dugaan yang dihadapinya sebagai seorang ibu semasa kemelut rumah tangganya berlaku.

Menerusi sebuah video temubual bersama Majalah Nona, pelakon ini mengakui berasa tertekan kerana menguruskan kedua-dua anaknya Syaikhul Islam dan Sumayyah seorang diri. Tambahnya lagi, berat badanya pernah menurun sehingga 47kg seperti skeleton. Oleh sebab itu, Puteri Sarah juga hilang keyakinan diri sehingga merasakan takut untuk menghadap dunia luar.

“Demi Allah, saya tiada konfiden dekat diri sendiri. Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat. Saya tak jaga diri saya sampai satu tahap, berat saya menurun sehingga 47 kg. Saya sangat kurus kering ibaratkan macam batang mop, macam Skeleton…”

“Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world.” katanya.

Dalam pada yang sama, Puteri Sarah turut berkongsikan cerita yang menyedihkan dimana kerana terlampau stres dia tidak dapat menyusukan anak perempuannya sehingga umur dua tahun.

“Saya tak pernah cakap semua ni. Paling saya sedih saya hanya boleh susukan Sumayyah, enam bulan saja sebab saya stres susu badan tak boleh keluar. Bukan mudah bagi saya, padahal saya nak menyusukan anak saya sampai dua tahun tapi sebab saya stres susu saya tak boleh keluar…” ujarnya.


 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat buat pelakon Puteri Sarah yang sedang menghadapi pelbagai ujian kerana kemelut rumah tangganya. Bukan itu sahaja, mereka juga kagum dengan kekuatan Puteri Sarah sebagai ibu walaupun sudah bertahan dan memendam perasaan selama 4 tahun.

Antara komen warga maya:

“Ini baru terbaik..jawab semua soalan dengan baik, bijak dan berhemah..memberi kata-kata semangat untuk para isteri untuk terus kuat. Thank you Sarah, semoga diberi kebahagian kepada Sarah dan anak-anak selepas ini..”


“4 years, keep the problem..salute sara for being so patient..stay strong for you kids..”


“Nangis kita..moga Allah kurniakan segala yang terindah buat Sarah dan anak-anak..”


“Bagus sarah ni..at first nampak macam dia nak raih perhatian tapi bila tengok-tengok dia bukan macam tu..dia seorang yang baik dan sangat menjaga aib orang..even aib suami dia pun tak pernah buka cerita..bagusnya dia..cerita semua benda baik-baik je..good mom and good wife..”


“I’m sorry to hear that dear..you are strong..Masha’Allah”

Video tular temubual esklusif Nona di laman Youtube: