Tiga Kali Bersalin Mudah Tanpa Koyakan dan Bebas Jahit, Ibu Ini Kongsi Tips Yang Diamalkan Sejak Anak Sulong

Boleh dikatakan semua bakal ibu mahu bersalin secara normal dan tidak menjalani sebarang pembedahan.

Walaubagaimanapun, setiap kali proses bersalin pasti menjadi ketakutan para ibu pada luka sama ada besar ataupun kecil.

Tetapi berbeza dengan wanita ini, Puan Sharipah Eyrie sudah tiga kali bersalin normal tanpa koyakan.

Di dalam posting Facebook, beliau kongsikan amalan dan doa yang sering dilakukan sejak anaknya yang sulong lagi.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

_________

VIRAL BERSALIN TANPA KOYAKAN ATAU BEBAS JAHIT.

Sejak minggu lepas saya membaca perkongsian ilmu tentang tips seperti tajuk di atas. Kerana puan tersebut melahirkan tanpa koyakan.

Saya juga mahu berkongsi tips yang mungkin berbeza. Saya terpanggil untuk berkongsi kerana selamat melahirkan 3zuriat tanpa koyakan. Alhamdulillah.

Tiada tips dari segi pemakanan kerana saya mengamalkan minyak kelapa dara semasa kandungan pertama sahaja serta pengambilan tidak konsisten. Saya juga tidak mengamalkan supplements kecuali dari klinik kesihatan kerajaan( hb saya low). Cuma tips saya ialah:

1. Aktif

Jangan terlalu manja kan diri dalam konteks jangan malas. Jika larat, buat sahaja. Saya juruterapi pergigian & skop tugas ialah berpindah randah dari sekolah ke sekolah lain dengan peralatan pergigian, memunggah barang etc.

2. Solat

Jangan tinggal. Solat juga sebagai exercise. Google kesan solat dari segi saintifik. Korang pun tahu kuasa allah. allahuakbar.

3. Doa

Ini doa yang dihantar melalui whatsapp oleh sepupu saya apabila dia tahu saya hamil anak pertama.

Saya tidak pernah hafal, cuma ada saya masa terluang saya capai phone dan baca. Selepas solat & sebelum tidur juga saya amalkan doa ini. Bila-bila free. Sepupu saya juga melahirkan dengan mudah, alhamdulillah. Thanks aishah.

Doa Mudah Bersalin:

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia
sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. 

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. 

Aminn.

Sesungguhnya sakit bersalin itu hanya Allah yang tahu. Saya percaya ramai lagi wanita lain di luar sana dengan perkongsian yang menarik. Selamat mencuba.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)