Tiga Bulan Batuk Tanpa Henti, Ezzaty Abdullah Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon yang terkenal dengan watak Fika menerusi drama The Maid, Ezzaty Abdullah atau nama sebenarnya Syafirah Ezzaty Abdullah ini sebenarnya sudah cukup lama menceburkan diri dalam dunia lakonan meskipun dia tidak sepopular selebriti yang lain.

Iospital phone repair gombak

Namun baru-baru ini Ezzaty Abdullah telah berkongsi beberapa fotonya yang sedang berada di hospital di laman InstaStory.

Memetik laporan mStar, pelakon berusia 32 tahun ini telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan Isnin lalu dan bakal menjalani pemeriksaan serta rawatan selepas mengalami batuk sejak beberapa bulan yang lalu.


Dalam pada itu, pelakon Azwan Kombos yang juga merupakan suami kepada Ezzaty mengatakan doktor sudah menjalankan ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan pada bahagian paru-paru namun masih lagi menunggu jawapan untuk mengetahui masalah yang sebenar.

“Sebelum ini pernah lakukan pemeriksaan X-ray dan diberitahu ada masalah di bahagian paru-paru. Hari ini (Selasa) doktor telah lakukan ujian CT scan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Keputusan akan dimaklumkan seawal esok…”

“Sebenarnya sudah hampir tiga bulan dia mengalami batuk tanpa henti. Tiada sebarang masalah lain seperti demam atau sebagainya namun disebabkan komitmen kerja barulah sekarang dapat berjumpa pakar. Memang kasihan melihat dia mehanan sakit sehingga menggangu aktiviti harian…” katanya.


Selain daripada itu, Azwan juga memaklumkan isterinya pernah mengalami perkara yang sama ketika kecil dahulu malah dikatakan lebih teruk kerana mengambil masa setahun.

“Dia pernah beritahu mengalami masalah sama ketika kecil dahulu. Tak sangka pula pada usia sekarang ini ia terjadi lagi. Kami ingatkan hanya batuk biasa. Saya ada menenami dia ketika melakukan ujian CT scan…”

“Keadaannya memang agak lemah. Pihak hospital juga mendapati terdapat lendir pada bahagian paru-paru dan telah dikeluarkan. Buat masa sekarang, dia diberikan rawatan antibiotik. Untuk rawatan selanjutnya bergantung kepada keputusan CT scan yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya lagi.


Sekadar info, Ezzaty Abdullah telah mendirikan rumah tangga bersama Azwan Kombos pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan Harum Dahlia dan cahaya mata lelaki Ahmet.