Bandingkan Harga Kedai ‘Beli Dessert’ Di Kampung & Bandar, Netizen Tampil ‘Backup’ Anissa Faizul

Terdahulu, pembukaan kedai Beli Dessert yang diusahakan oleh isteri kepada pengarah dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli ini telah mendapat sambutan luar biasa sehinggakan ramai yang sanggup untuk beratur panjang. Tambahan pula, mereka juga turut menjual pelbagai jenis pencuci mulut termasuklah crepe ‘viral’  di Penang iaitu Kieda Crepe.

Iospital phone repair gombak
Terbaharu, pengasas produk kosmetik Anissa Faizul telah mencuri perhatian warga maya apabila memuat naik satu video review salah satu makanan yang ada di kedainya. Namun terdapat satu komen daripada seorang pengguna TikTok membuatkan dirinya tertarik untuk menjawab kenyataan tersebut.

Menerusi hantaran itu, memaparkan komen individu berkenaan yang membandingkan harga ‘standard’ bandar dengan kampung kerana dia menyifatkan barang di kampung lebih mudah untuk diperoleh.

“Dekat bandar memang standard harga macam tu, ni dekat kampung barang-barang pun senang dapat. Sepatutnya 8 ringgit lagi berbaloi,” tulisnya.

Dalam video tersebut, Anissa mengakui ‘terasa’ dengan kata-kata individu itu namun dia turut menjelaskan tidak mahu mengambil banyak untung daripada hasil jualan kerana lebih mementingkan ‘seller’ yang bekerjasama dengannya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberi kata-kata semangat buat Anissa Faizul. Bukan itu sahaja, ada juga menyelar dakwaan individu tersebut dan mengatakan barang yang dijual di kampung lebih mudah untuk diperoleh berbanding di bandar.

Malah harga barang di mana-mana tempat sebenarnya sama sahaja cuma yang membezakannya adalah pilihan jenis produk.

Antara komen warga maya:

“barang sekarang semua mahal..kat mana yang murah tu…kg ka bandar ka lebih kurang ja…yang kaki complain dan kena try buat sendiri baru tahu kos barang rasanya…sabar sis..”


“barang kat kampung lagi mahal dari bandar..sebab kalau balik kampung saya akan akan beli barang siap-siap kat sini…banyak pilihan dan harga pon lagi murah…”


“kat kampung lagi mahal…ramai mana bakers yang give up sebab kos bahan-bahan terus naik dan naik…terus semangat nisa! ramai doakan…”

“barang semual mahal-mahal sekarang…seller pun kena ambik kira jugak kos tempat, kos upah pekerja, elektrik dan lain-lain walaupun area kampung…”

“kampung ke bandar semua orang terkesan…takde beza pun harga barang..sabar ye awak moga rezeki bertambah dengan lebih baik lepas ni…jangan give up…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@anissafaizul_ Replying to @🤍 ♬ original sound – Anissa Faizul