Tiada Lagi Buku Akaun Untuk Urusan Tabung Haji, Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Lembaga tabung haji telah mengeluarkan satu notis pemberitahuan yang mana mereka telah mansuhkan penggunaan buku akaun untuk sebarang urusan dikaunter.

Ahli Tabung Haji selepas ini boleh membuat urusan dengan hanya membawa IC (kad pengenalan diri) bagi memudahkan urusan ahli tabung haji.

Notis pembaharuan ini akan berkuat kuasa mulai 23 Jun 2019 dan anda boleh mula mencuba di kaunter tabung haji yang berdekatan dengan anda.

Apa yang perlu anda tahu tentang 5 perkara penting dalam pembaharuan sisterm pemansuhan buku akaun untuk urusan dikaunter tabung haji adalah seperti berikut:

  1. Pemansuhan Buku Akaun Untuk Sebarang Urusan Dikaunter Digantikan Dengan Penggunaan Kad Pengenalan.

Tabung Haji menghentikan penggunaan Buku Akaun Simpanan kerana untuk memudahkan pendeposit untuk membuat sebarang transaksi dengan hanya mengemukakan kad pengenalan sahaja.

Ia memudahkan pendeposit kerana mereka tidak perlu risau mengenai kehilangan buku akaun atau kerosakan pada buku akaun dan sebagainya.

2. Bagaimana Anda Mahu Simpan Dan Keluarkan Duit Tanpa Membawa Buku Simpanan

Walaupun anda tidak membawa buku akaun simpanan anda boleh menyimpan dan mengeluarkan duit simpanan dengan mengemukan Kad pengenalan sahaja.

3. Bagaimana dengan urusan di kaunter Tabung Haji bagi akaun anak-anak pula.

Berhubung akaun anak-anak, penjaga akaun anak-anak hanya perlu mengemukakan kad pengenalan sahaja semasa melakukan transaksi.

Namun prosedur semasa hanya membenarkan penjaga akaun Tabung Haji anak sahaja melaksanakan transaksi tanpa perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan.

4. Bagaimana mahu membuat semakan baki akuan simpanan Tabung Haji.

Jika anda mahu membuat semakan baki semasa dan meneliti transaksi terdahulu di kaunter Tabung Haji, anda boleh menggunakan 2 jenis semakan ini :

Pilihan 1 : Penyata Mini yang memaparkan 5 transaksi terakhir anda

Pilihan 2 : Penyata Akaun yang memaparkan maklumat transaksi secara terperinci.

Untuk Penyata Mini pendeposit boleh memohon :

  • Cawangan Tabung Haji berhampiran dengan anda
  • Cawangan Bank Islam
  • Cawangan Bank Rakyat (sistem ini dilaksanakan pada Ogos 2019

Untuk Penyata Akaun dimana-mana cawangan Tabung Haji yang berhampiran dengan anda.

Selain itu bagi pendeposit yang link kad ATM (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB) mereka boleh menyemak melalui :

a) ATM/CDM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau Cimb

b) Perbankan Internet Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank.

5. Bagaimana dengan buku akaun simpanan anda? apa yang perlu anda lakukan dengan buku akaun simpanan yang telah sedia ada.

Berhubung buku akaun simpanan yang telah sedia ada, bolehlah anda simpan tetapi tidak perlu anda untuk membuat transaksi di kaunter Tabung Haji.

Ternyata sistem pembaharuan pemansuhan buku akaun simpanan bagi menjalankan sebagai transaksi di kaunter adalah satu sistem yang lebih memudahkan pengguna akaun Tabung Haji.

Jadi selepas ini jika anda mahu membuat sebarang urusan boleh lakukannya dengan membawa kad pengenalan sahaja.

Anda tidak perlu risau masalah kehilangan buku akaun simpanan lagi selepas ini. Selamat mencuba.

Tabung Haji media conference at Kuala Lumpur

Jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sistem pemansuhan ini anda boleh rujuk Laman Web Rasmi Lembaga Tabung Haji