Teruja Bawa Kucing Ke Taman, Pemuda Menyesal Si Bulus Hilang Setelah Berlari Masuk Ke Dalam Longkang Besar

Bagi setiap pencinta kucing, pastinya menginginkan yang terbaik untuk si bulus mereka, makanan yang berkhasiat dan juga tempat yang selesa.
Iospital phone repair gombak
Bagi melihat si bulus sentiasa ceria, ada yang membawa kucing mereka bersiar-siar di taman permainan bagi melihat keindahan alam.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana niat lelaki ini untuk membawa kucingnya bersiar-siar di taman akhirnya bertukar tragedi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jejakastitch, dia membawa kucing kesayangan dan melepaskannya untuk bermain di taman.

“Time ni aku bawa dia berjalan.. aku excited sangat sebab nak bagi dia happy sebab dia susah keluar rumah” ujarnya.

Namun siapa sangka, oleh kerana oleh kerana kucingnya terlalu teruja, si bulus itu terus berlari masuk ke dalam satu longkang dan tidak dapat dikesan lagi.

“Tapi aku rasa menyesal dan malang.. sebab dia terlalu excited keluar taman.. dia terus berlari-lari dan terus ke arah terowong longkang ni.. terlalu dalam tempat ni” tambahnya lagi.


“Untuk beberapa hari ni aku balik kerja je terus kesini nak cari dia.. tapi dia tetap takde salam ni”

Lelaki itu juga pernah masuk ke dalam longkang itu untuk mencari sendiri kucingnya yang telah hilang.

“Sampailah aku masuk dalam longkang.. tetap tak jumpa.. sebab longkang ni banyak cabang..”

Lelaki ini juga berdoa agar satu hari nanti doanya untuk bertemu kucing yang diberi nama Ash itu diangkat dan dimakbulkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat usaha lelaki itu dalam mencari Ash.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar satu hari nanti kucingnya ditemui dalam keadaan selamat.

Antara komen warga maya:

“Semoga kau dapat jumpa balik kucing kau bang”

“Dapat rasa perasaan hilang kucing tu macam mana.. tak keruan weh.. hilang kucing sumpah sakit”


“Siannya.. mesti dia pun tengah ketakutan tu..”

“Kucing indoor memang akan menggelabah sikit bila dapat tanah.. so untuk safety kena pakai tali..”


Video yang tular di laman TikTok:

@jejakastitch😭😭 makbulkan lah impian aku kembali😭

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

@jejakastitch Replying to @apeksss😉😉😉 ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan