Tersentuh Hati Neelofa Berniqab, Ammar Alfian Padam Semua Gambar Tayang Badan

Penghijrahan pengacara, pelakon dan juga usahawan Neelofa masih menjadi perbualan hangat di media sosial.

Penampilan baharu pengacara ini kelihatan begitu sopan dan cantik sehingga memberi aura kepada orang ramai untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Ramai terinspirasi dengan penghijrahan Neelofa

Bukan sahaja peminat dan orang awam, malah ramai rakan artis turut terinspirasi dengan penghijrahan beliau di saat pengacara ini sedang melakar nama dalam bidang peragaan antarabangsa.

Ramai yang memuji pengacara ini berhijrah dan sanggup menerima segala risiko demi mendekatkan diri kepada Allah termasuklah seorang pelakon Ammar Alfian.

 

View this post on Instagram

 

New week, new opportunities, new mindsets!

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Dia tidak kisah hilang kerjasama syarikat besar antarabangsa

Pelakon Ammar Alfian mengakui penghijrahan Neelofa untuk berniqab sedikit sebanyak mempengaruhinya untuk berubah.

Menurut Ammar, dia memuji keikhlasan Neelofa berniqab yang mampu merisikokan kerjayanya termasuk komitmen dengan jenama-jenama antarabangsa.

“Melihatnya memilih perubahan besar ini sangat mengagumkan. Dia tidak kisah hilang kerjasama dengan syarikat besar antarabangsa”.

Dia kisah hanya pasal Islam dan Allah

“Yang dia kisah hanya pasal Islam dan Allah. Harta dunia hanya sementara,” ujarnya.

Malah, penghijrahan Neelofa mendorong Ammar untuk memadamkan semua gambarnya yang tidak berbaju.

Saya telah padam semua gambar dan video tubuh saya di Instagram

“Dia menjadi inspirasi saya untuk tidak lagi mendedahkan kulit dan lebih dekat dengan Allah”.

“Oleh itu, saya telah memadamkan semua gambar dan video saya yang menunjukkan tubuh saya di Instagram. Insya-Allah,” ujarnya berserta hashtag #atryingmuslim.

Terdahulu, Ammar minggu lalu tampil mendedahkan kepada umum telah bercerai dengan isterinya, Nelissa Nezam dengan cara tebus talak.