Terpaksa Makan Tisu Dengan Kuah Roti Canai Orang, Perkongsian Dato AC Mizal Jadi Perhatian Netizen

Untuk mengekalkan keutuhan hubungan rumah tangga yang berkekalan, setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai masalah.

Bak kata orang “start from zero to hero” mula dari tiada apa apa sempai lah berjaya mempunyai segalanya.

Oleh sebab itu, kejayaan seorang suami pasti ada seorang isteri yang menyokong dari belakang.

Sama juga ceritanya dengan pasangan ini, Dato Ac Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida yang pernah mengharungi detik detik sukar semasa menantikan kehadiran anak pertama mereka hampir 20 tahun lalu.

Menerusi program hiburan terbaru #MHThrowback yang diterbitkan oleh Media Hiburan, pengacara, penyayi, pelakon, pelawak Dato Ac Mizal ini bercerita mengenai fasa sukarnya di dalam kerja seninya ketika itu.

Lebih lebih lagi ketika isterinya yang sedang mengalami sakit bersalin lebih 12 jam dan terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.

“Waktu in boleh dikatakan saat saya jatuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekaligus… tak tidur malam.


“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja.

“Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan
prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.

Beliau juga mendedahkan terpaksa meminjam duit rakan dan makan tisu bersama kuah roti canai orang untuk mengisi perutnya, Dato Ac Mizal mengakui ia merupakan fasa yang sukar dalam hidupnya.

“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul.

“Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya
dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” ujarnya lagi.


Tambahnya, dia mengakui dengan kehadiran kedua-dua anaknya, Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa banyak membuka pintu rezeki buat mereka.

Video temubual yang tular: