Terlalu ‘Nervous’ Jumpa TokTi Depan Mata, Gelagat Wanita Terlupa Nama Anak Buat Netizen Terhibur!

Bila sebut tentang penyanyi kesayangan rakyat Malaysia iaitu Tokti atau nama sebenarnya Dato Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang teruja apatah lagi dia sememangnya memiliki suara yang unik dan merdu. Jadi, tidak hairanlah jika para peminat gugup berdepan dengannya.
Iospital phone repair gombak
Baru-baru ini TokTi telah mengadakan konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat seorang peminat yang gemuruh ketika bertentang mata dengan TokTi sehingga terlupa nama anak sendiri.

Memetik laporan mStar, peminat berkenaan, Syazwani Mazuki, 31, berkata, menyaksikan konsert Siti Nurhaliza bersama dua adiknya itu merupakan momen yang tak dapat dilupakan.

“Sebelum tu anak perempuan Tokti, Aafiyah ada bersama sekali. Jadi apabila Tokti tanya nama anak saya, ketika itu teringat nama Aafiyah kerana terlalu nervous.”

“Sebenarnya sewaktu Tokti tanya lagu beliau yang paling saya suka, saya nak jawab lagu Kurik Kundi. Lagu itu selalu saya nyanyi setiap kali karaoke.”

“Tapi lagu yang disukai anak iaitu Ting Ting Tang Ting (Comel Pipi Merah) yang saya ingat masa tu. Terngiang-ngiang suara anak saya menyanyi lagu tu,” katanya

Walaupun mengakui pada mulanya malu kerana insiden tersebut, Syazwani gembira apabila berpeluang untuk menyanyi lagu kesukaan anaknya, Alisya Mohamad Azri yang berusia tiga tahun, bersama Siti Nurhaliza pada konsert tersebut.

“Terlalu gembira membatasi perasaan malu saya. Mujur juga saya tak jawab nama Aafiyah ketika ditanya nama anak sendiri, dan saya ambil masa untuk berfikir ketika itu.”


“Saya masih tak percaya dengan pengalaman bersama Tokti, sampai tak boleh tidur,” ujarnya sambil menambah anak perempuannya menyambut ulang tahun ke-3 pada 30 Oktober lalu.

“Bila-bila masa anak akan minta saya pasang lagu Ting Ting Tang Ting tu. Kalau dalam kereta pun dia dengar sampai berulang kali.”

“Pernah suatu hari, saya dan suami bersama anak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tapi dari Kuantan ke Terengganu sepanjang jalan pasang lagu tu.”

“Kami hanya dapat tutup radio atau tukar lagu lain apabila anak tidur,” katanya sambil menyifatkan anak perempuannya sebagai aktif, pintar dan petah bercakap.

Menurut pengurus sumber manusia itu, dia pernah menghadiri konsert Siti Nurhaliza ketika hamil anak sulungnya itu pada 2019.

“Tapi hanya melihat Tokti dari jauh. Jadi tak sangka selepas anak dah usia tiga tahun, saya berpeluang bertemu secara dekat dengan Tokti sambil disaksikan oleh ramai orang.”

“Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Tokti, sebab ibu saya sendiri yang berusia 59 tahun juga mengikuti lagu-lagu Tokti. Nak bawa ibu ke konsert, tapi ibu tak sihat.”

“Anak saya pula masih kecil untuk dibawa ke konsert. InsyaAllah jika ada rezeki, anak dah besar sikit boleh bawa untuk temankan saya bagi menyaksikan persembahan Tokti,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@syahidamazuki Membe beriye nak @Siti Nurhaliza datang dekat dia, bila dah nervous, nama anak pun lupa 🤣🤣🤣 #ctdk #musicofthesoul #fyp #lawak ♬ original sound – Syahida Mazuki