Terkorban Demi Selamatkan Nyawa 27 Pelajar & 9 Orang Awam, Jasa Anggota PGA Dikenang

Polis Marin Malaysia merupakan salah satu daripada pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia.

Pasukan ini berkhidmat di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Peranan Polis Marin Malaysia adalah untuk menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman dalam dan luar yang tidak diingini.

Seorang Anggota PGA dilaporkan hilang

Berita terbaru mengenai seorang Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan telah hilang dalam satu kejadian bot karam di perairan Sandakan.

Menerusi laman sosial Facebook, Pasukan Polis Marin telah menemui mayat Anggota (PGA) yang dilaporkan hilang itu.

Mayat Anggota (PGA) itu telah ditemui oleh pasukan keselamatan pada jam 6.22 petang semalam.

Sebuah bot membawa 37 penumpang telah karam

Mangsa Koperal Asman Ongkal yang bertugas di Batalion 15 Sandakan, ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian bot karam berkenaan.

Asman dikatakn menaiki bot dari Kampung Tanjung Aru (Pulau Seberang Bandar Sandakan) menuju ke Jeti Pasar Umum Sandakan.

Kapal yang dinaiki Koperal Asman bersama 37 penumpang lain itu dikatakan karam pada pukul 6.20 pagi.

Bot tersebut telah bertembung dengan bot yang ditunda

Difahamkan, bot yang mereka naiki telah bertembung dengan sebuah bot yang sedang ditunda.

Beliau yang berusia 40 tahun itu sempat menyelamatkan 27 orang pelajar dan 9 orang awam sehingga mengorbankan nyawanya sendiri.

Mayat Koperal Asman ditemui selepas 36 jam

Selepas 36 jam operasi mencari dan menyelamat, Koperal Asman Ongkal akhirnya telah berjaya ditemui apabila jenazahnya dijumpai nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sehubungan dengan itu, orang ramai turut mengucapkan takziah buat keluarga allahyarham.

Allahyarham diangkat sebagai hero

Selain itu, orang ramai juga mengangkat Koperal Asman Ongkal sebagai hero kerana sanggup menggadai nyawa demi orang ramai.

Tindakan berani beliau menyelamatkan nyawa yang lain merupakan sesuatu yang luar biasa dan sememangnya layak digelar Perwira Negara.

Innalillahiwainnahilaihirojiun….

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah ampuni dan rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ….

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Aamiin Ya Rabbal Alamin..