TERKINI: Malaysia Catat Kematian Ketiga Pesakit COVID-19

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, iaitu membabitkan pesakit daripada kes ke-152, petang tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes ke-152 itu ialah lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh. "Beliau dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah, pada 9 Mac lalu kerana mengalami simptom ‘Severe Acute Respiratory [...]

Hari ini, Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, iaitu membabitkan pesakit daripada kes ke-152.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-152 itu ialah lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah, pada 9 Mac lalu kerana mengalami simptom ‘Severe Acute Respiratory Infection’, selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang tadi. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya menerusi status dimuat naik di laman Facebooknya.

Berita tersebut turut disampaikan menerusi Twitter rasmi KKM.

“Dukacita dimaklumkan seorang lagi pesakit #COVID19 telah meninggal dunia. Pesakit kes ke-152 lelaki warga tempatan 58thn dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang ini.”

“Ini menjadikan 3 kematian di Malaysia setakat ini. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.”

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Seluruh warga kerja KKM mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.”

Dalam pada itu, 130 kes baru dilaporkan untuk hari ini menjadikan 1,030 keseluruhan pada 20 Mac 2020.

Daripada 130 kes baru tersebut, 48 kes berkait kes kluster tabligh. 12 lagi kes telah sembuh menjadikan 87 telah sembuh.

Bagi pesakit di dalam wad ICU telah bertambah menjadikan jumlah keseluruhan 26 pesakit.