[TERKINI] Ibu DS Najib Razak, Tun Rahah Meninggal Dunia

Seperti yang semua sedia maklum, baru sahaja awal pagi tadi Datuk Seri Najib Tun Razak memohon doa daripada saudara mara, teman serta rakan sekalian akan kesembuhan ibunya, Tun Rahah Mohd Noah yang berada di hospital kerana kurang sihat.

Walau bagaimanapun, sebentar tadi, menerusi tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau memaklumkan bahawa bonda bekas Perdana Menteri kita, sudah pulang ke rahmatullah.

“Innalillahiwainnailaihiraajiun…DGN PENUH RASA SEDIH,TUN HJH RAHAH MOHD NOAH telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi..SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN KPD SELURUH KELUARGA …DAN SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT ATAS ROH ALLAHYARHAMAH…ALFATIHAH..”

Di dalam tweet tersebut, Tan Sri Annuar mendoakan pemimpin UMNO tersebut semoga diberikan kekuatan dan kesabaran atas apa yang berlaku.

Namun sehingga kini, masihbelum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Datuk Seri Najib berkenaan kematian ibunya itu.

Marilah kita sedekah Al Fatihah buat bonda beliau yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak.