“Terima Kasih Ustaz Ebit..” Mawar Rashid Bangga Suami ‘Keluar’ 3 Hari Tambah Ilmu Agama

Nama Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid kini tidak asing lagi menjadi sebutan warga netizen.

Manakan tidak, Mawar dikenali dengan penampilan manisnya tambahan pula baru sahaja terbuka hati untuk berhijab pada tahun lalu.

Terbaru, Mawar yang merupakan pelakon dan juga model itu mengakui berasa sebak dan sangat gembira apabila suaminya Raff Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob memaklumkan hasratnya untuk mengikuti program dakwah dan pengajian agama yang dianjurkan oleh personaliti dakwah Ebit Lew.

Mawar juga sempat meluahkan rasa syukur kerana suaminya antara insan yang terpilih untuk mengikuti sesi keagamaan selama tiga hari.

Dalam pada itu Mawar mengucapkan ucapan terima kasih kepada pendakwah terkenal yang disegani ramai iaitu Ustaz Ebit Lew kerana menjemput suaminya untuk bersama-sama menyertai program tersebut.

“Bagusnya abang, saya sangat bangga dengan abang. Hari ini rasa sebak, bersyukur serta terharu hubby Mawar keluar tiga hari menuntut ilmu agama Islam.”

“Terima kasih ustaz Ebit Lew kerana menjemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.”

“Semuanya kebetulan… sebelum ini Raf ada dipanggil ke rumah Ustaz Ebit Lew, semasa itu ustaz pelawa Raf ikut program bantuan dalam masa sama belajar agama. Untuk permulaan ini dia ikut kelas dakwah selama tiga hari di sekitar Lembah Klang.”

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar.

“Tak boleh nak gambarkan betapa gembiranya saya sebagai isteri. Dulu Raf pernah ikuti pengajian agama di Kelantan, cuma sekarang ini dia terbuka hati untuk turun lebih kerap,” katanya lagi

Walau bagaimanapun, Mawar akan sentiasa menjadi tulang belakang Raff untuk dia berhijrah dan menyokong penuh keputusan suaminya.

“Apabila kami belajar agama, rasa makin bahagia… hati lagi tenang, Ya Allah rasa sebak sangat.”

Keputusan ini sekali gus dapat mempertingkatkan lagi ilmu agama dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba yang beriman.

“Saya mula rasa kebahagian selepas berhijrah, saya pun ada masuk kelas agama bagi memperbaiki diri… belajar perlahan-lahan tentang agama.

“Jadi apabila suami pula belajar agama secara automatik saya pun akan ingatkan diri supaya sama-sama berjuang menuntut ilmu untuk jadi isteri solehah.

“Saya memang sangat-sangat menyokong keputusannya untuk mengikuti program begini, bila kami belajar agama, rasa makin bahagia… hati lagi tenang, Ya Allah rasa sebak sangat,” ujarnya.


Dalam pada itu, Raff yang juga adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu pernah memaklumkan tujuannya pergi menuntut ilmu agamala adalah untuk membimbing keluarganya ke jalan Allah.

“Ingat lagi abang cakap, ‘apa sahaja untuk menambah baikkan keluarga abang serta untuk pahala dunia akhirat, abang akan pergi Anje. Abang nak bimbing keluarga ke jalan Allah’.”

Seperti kita sedia maklum, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.