Tergelincir Jatuh Dalam Kapal Akibat Gempa Bumi, Netizen Cuak Tengok Pekerja Offshore Masih Mampu Ketawa

Bekerja di atas kapal atau lebih dikenali dengan offshore sememangnya mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang tinggi.

Iospital phone repair gombak

Selain berhadapan dengan cuaca yang tak menentu, mereka yang menceburi pekerjaan ini turut berisiko dilanda bencana alam sehingga menyebabkan kapal bergoyang.

Seperti yang tular baru-baru ini, beberapa orang pekerja kapal tiba-tiba terhoyong-hayang sehingga menggelusur ke lantai apabila kapal yang dinaiki mereka ditimpa gempa bumi.

Menerusi video oleh Azmi Mohamad di TikTok, dia dan rakan-rakan pada mulanya berkumpul di satu ruang kapal, bersantai sambil ada yang baring, menonton televisyen, makan dan bermain phone.

Tak lama kemudian, seorang demi seorang tergelinciri dari tempat mereka, membuatkan semua yang berada di situ ketawa berdekah!

Yang lebih menarik perhatian ramai, roti yang baru saja ingin dinikmati turut jatuh ke atas lantai bersama dengan jem dan pinggan.

Bagaimanapun, fenomena berkenaan terjadi untuk beberapa saat saja. Mereka kemudiannya bingkas bangun dan mengemas semula makanan serta barangan yang jatuh dan pinggan yang pecah.

Sehingga kini, jumlah tontonan video berkenaan telah berjaya mencecah sehingga 803.9 ribu dan meraih sebanyak 53.5 ribu tanda suka!

Ketika meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat mereka yang masih mampu ketawa walaupun ketika dalam situasi getir.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“😂😂😂😂weyyyy .hari2 pinggan pecah la kalau mcm ni ceritanye”

“paling santai yg baju garis2 duduk dekat hujung skali tu..kwn sbelah dia dah huru hara tertonggek jatuh🤣🤣”

” macam biasa cameraman selamat HAHAHHAA”

“mcm mana dorg boleh gelak 😂”

“yg pkai hoodie tu dia letak gam ke kat kerusi dia. org lain dh mcm main gelongsor, dia relaks je 😂”

“roti tu dh kata.. enak dimakan begitu saja.. bang nk letak mejerin.. jadi x enak la😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@jojisaki Situasi gempa bumi didalam kapal 😮‍💨😮‍💨 #lifeatsea🌊🚢 #seafarerslife #heavyweather #reallife @dakijan @MN⚓️ @Frenzyy ♬ original sound – Azmi Mohamad