Terdesak Demi Dapatkan Wang, Lelaki Ini Pura2 Pengsan Depan Kereta Dirakam Netizen

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Peningkatan kes penipuan scammer yang melibatkan rakyat negara kita kini dilihat semakin membimbangkan.

Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau ScamLove Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud.

Ironinya, jenayah ini tidak kenal mangsa apabila hampir semua lapisan anggota masyarakat termasuk golongan profesional seperti doktor dan peguam turut menjadi mangsa sindiket yang sangat licik ini.

Namun bagi kisah ini pula, ia membabitkan penipuan di atas jalan raya untuk mendapatkan claim insurans pengguna kenderaan yang terbabit. Hal ini sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ikkk247, kelihatan seorang pakcik tidak dikenali berpura-pura pengsan di tengah jalan menghalang sebuah kereta sehingga menyebabkan kereta tersebut tidak dapat lalu.

Jika diperhatikan dengan lebih teliti video tersebut, dilihat lelaki tidak dikenali ini bangun semula daripada pura-pura pengsan dan terus marah owner kereta merah tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan bila lelaki ni tarik dan hempas ‘wiper’ kereta tu dengan sangat kasar dan ganas.

Di samping itu, netizen ini juga sempat merakam yang lelaki ni cuba untuk halang laluan kereta merah tu dari bergerak ke laluan jalan yang lain.

Perbuatan tidak bermoral pakcik ini telah menyebabkan dirinya di dalam keadaan bahaya dan juga menyusahkan pemandu lain. Mana tidaknya, ‘drama’ lelaki ni buat tengah-tengah jalan dah menyebabkan kesesakan jalan dan kereta belakang langsung tak boleh bergerak.

Video yang tular di laman TikTok:

@ikkk247 Currently happens… ah ghisauu #fyp #fypシ #foryourpage #foryoupage ♬ suara asli – sint🍜 – mochitobeli🍓

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 877.9K tontonan, 79.7K tanda suka, 1188 komen dan 1400 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut kerana taktik ini hanya ada kat luar negara je, rupanya dah sampai ke Malaysia.

Dalam masa yang sama, para netizen juga mencadangkan agar setiap kereta memasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga jikalau kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.

Antara komen para netizen:

“Taktik mcm ni memang selalu ada.. sama ada dia nk fitnah awk langr dia, atau dia nk rompak..”


“Dashcam mcm dah wajib dah sekarang ni. Takutt”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.