Terdengar Suara Meraung, Ibu Terkejut Si Abang Santai Main Game Walaupun Dikurung Adik Dalam Storage Box

Kanak-kanak yang sedang membesar ada kalanya memang agak nakal. Ada sahaja yang nak dibuat. Ibu bapa pun terpaksalah melayan ragam anak masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Walaupun masih kecil, ibu bapa perlu memantau setiap gerak-geri si cilik ini kerana dikhuatari mereka akan bertindak di luar kawalan.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang wanita yang berada di dapur tiba-tiba terdengar jeritan anaknya yang datang dari salah satu bilik di rumahnya.

Rupa-rupanya, dia dapati bahawa anak daranya telah mengurung si teruna di dalam satu storage box yang boleh memuatkan budak lelaki berkenaan.

Cemas dan terkejut melihat keadaan itu, wanita bernama Nadyra Balqis ini cepat-cepat membuka penutup kotak sambil menegur perbuatan puterinya itu.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah anak lelakinya, Iman hanya diam sahaja dan langsung tidak menghalang perbuatan adiknya itu.

Malah, sepanjang terkunci di dalam kotak dia selamba bermain game dalam telefon pintar. Bagaimanapun, dapat dilihat mata Iman mula  berkaca ketika memandang wajah ibunya.

Manakala, anak perempuannya, Dahlia hanya tersengih-sengih tanpa rasa bersalah apabila dimarahi oleh wanita berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, video yang tular di TikTok itu berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 778.3 ribu dan mendapat 49.5 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat anak lelaki wanita ini yang tetap meneruskan bermain game meskipun dikurung oleh adiknya.

Namun, tak kurang juga yang merisaukan keselamatan si cilik itu dan menasihati wanita itu agar lebih berhati-hati dalam menjaga anak-anaknya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“bahayalah sis kalau takda siapa mintak dijauhkan”

“hati2 sis…jgn terlalu lalai…tgk air muka abg tu cam simpan dendam,sy tkut jd yg bukan2 je…”


“bahaya mcm ni.. tu nasib baik perasan.. hati2 takut ada nyawa hilang gara2 lalai”

“Abg pn xlepas game kena kurung pon. 🤣🤣”

“dahlia geram kot abg xlayan dia , layan game je 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@nadyra.balqis Perempuan memang macamnie ke ? Dah buat salah di marah org balik 😂 #fyp #fypシ #perempuantakpernahsalah ♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧