“Teflon Tak Menyebabkan Kanser” Penjelasan Doktor Mengenai Kuali Non Stick

Sekitar hari ini telah tular satu artikel mengenai kuali dan periuk non stick yang menjadi salah satu peralatan dapur kegemaran surirumah.

Menerusi artikel tersebut, kuali dan periuk non stick dikatakan boleh mendatangkan keburukan pada kesihatan mereka yang memasak menggunakannya.

Ramai diantara kita mula berasa terancam dan takot dengan berita tersebut dan mula membungkus periuk dan kuali didalam kotak.

Rentetan dari itu, satu lagi perkongsian telah dibuat oleh seorang doktor bernama Rusyainie Ramli mengenai kuali non stick ini.

Periuk Non stick dikataka punca kerosakan dalaman

Kasihan saya, adik-adik dan Ma, beli periuk cast iron yang tak murah harganya, tapi ada yang kata periuk tu boleh merosakkan dalaman. Saya tak pasti apa maksudnya la kan”.

“Sebagai peminat dan pengumpul koleksi Le Creuset dan Staub dah bertahun-tahun, saya nak bagitahu yang permukaan periuk ni telah dilapisi enamel ya. Tujuannya supaya permukaan taklah melekat sangat dan mudah digunakan sebab tak perlu seasoning”.

Seasoning maknanya, periuk cast iron tu dibasuh bersih dan dilap kering dan kemudiannya disapu dengan minyak masak. Lepas tu dibakar dalam ketuhar pada suhu yang tinggi lebih kurang 200°C selama 1 jam”.

Maka ia tak sampai boleh menjadi racun kepada kita.

“Saya pun ada kuali leper cast iron yang ni, jenama Vonshef, tapi saya jarang pakai sebab malas nak buat proses seasoning. Seasoning ni penting untuk menghasilkan permukaan dalam periuk yang tak melekat bila kita masak”.

“Tapi cast iron yang jenis tradisional sekali pun, jumlah besi yang masuk dalam makanan kita pun, tak sampai pun 1/5 dari keperluan zat besi seharian kita”.

“Maka ia tak sampai boleh menjadi racun kepada kita. Ingat ya, untuk apa juga bahan menjadi racun, dosnya yang sangat penting”. 

“Teflon adalah jenama komersial bagi bahan kimia buatan manusia, Polytetrafluoroethylene (PTFE). Kita kenal Teflon sebab ia adalah bahan digunakan pada permukaan kuali atau periuk yang kalis lekat”.

“PTFE ni sangat stabil yang bermakna, ia susah nak bereaksi dengan bahan kimia lain and sebagai permukaan kuali atau periuk, ia licin dan macam tak ada kesan kesat langsung”.

“Perfluorooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan proses menghasilkan Teflon, telah tak digunakan sejak 2006 di Amerika Syarikat dalam pembuatan periuk yang dilapisi Teflon”.

Tak ada kajian menunjukkan PFOA menyebabkan kanser dalam manusia.

“Tak ada kajian menunjukkan PFOA menyebabkan kanser dalam manusia, kalau digunakan sebagai alat untuk memasak. Lagipun bila Teflon dah terhasil, kalau PFOA digunakan sekali pun, dalam produk akhir tu, PFOA tak ada dah”.

“Teflon ni bahaya kalau kita panaskan kuali tu sampai suhu 350°C sebab asap yang dihasilkan tu boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan. Tu saja. Kalau setakat kita guna api kat dapur untuk masak tu, tak ada masalah pun, suhunya pun rendah saja”. 

“Saya tengok di American Cancer Society kaitan kanser dengan Teflon, iaitu bahan yang digunakan di permukaan periuk jenis nonstick”.

Teflon tidak menyebabkan kanser.

“Jenama yang biasa kita jumpa ialah Tefal. Jelas dalam laman sesawang tu kata, Teflon tak menyebabkan kanser. Maka, tak perlulah kita semua panik tak tentu arah”. 

Penggunaan periuk jenis aluminium memang meluas kat negara kita. Jenama biasa kita tahu, Zebra”.

“Bukan semua orang mampu nak beli periuk mahal. Saya pun ada, saya gunakan untuk masak kenduri. Periuk cast iron tak ada yang saiz sebegitu besar nak masak untuk ramai orang”.

“Aluminium dikaitkan dengan Alzheimer’s Disease tapi setakat ni, direct link tu masih belum boleh dipastikan. Setakat kita masak dalam periuk aluminium tu, paling banyak aluminium yang masuk dalam makanan kita pun hanya 1mg atau 2mg”.

Aluminium tidak memberi kesan negatif kepada kita.

“Periuk aluminium kita pakai tu bukan aluminium semata. Ia jenis aluminium oxide, di mana melting point pun 2000°C jadi untuk aluminium tu menjadi racun pada kita, memang tak lah kan”.

“WHO dah sebut, 50mg aluminium sehari pun tak memberi kesan negatif kepada kita. Kalau periuk kita tu dah tak semenggah rupanya, dengan kemek bagai, atau kalau makanan tu lama dok dalam periuk tu, kandungan aluminium yang masuk dalam makanan tu tinggi sikit, tapi masih tak payah risau”. 

Kesimpulannya, jangan cepat membuat andaian semata apabila kita terbaca pelbagai jenis pandangan dari pelbagai pihak.

Setiap orang bebas memberi pendapat masing-masing, namun kita sebagai pembaca perlu bijak membuat kajian sebelum kita bersetuju dengan pendapat tersebut.

Diharap perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)