Tasik Biru Kangkar Pulai, Ini Cara Dan Tips Untuk Sampai Ke Sini

Kalau anda bercuti ke Johor Bahru jangan lupa singgah ke tempat tarikan yang menarik, Tasik Biru Kangkar Pulai.

Tasik ini pada asalnya adalah sebuah lombong kuari dan airnya yang biru pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar..

Mari kita ikuti perkongsian daripada Pulai View Homestay tentang tips dan cara-cara untuk pergi ke Tasik Biru Kangkar Pulai.

Gems of Kangkar Pulai

Hanya 5-8 minit drive dari Pulai View Homestay. Tasik Biru ini sudah lama wujud sejak bermula operasi kuari.

Terletak di persisir Gunung Pulai dan Empangan tadahan air SAJ yang dikelilingi kuari dan ladang kelapa sawit.

Foto: Instagram @pee_qa

Setelah jadi viral, Tasik Biru Kangkar Pulai ini mula popular di kalangan kaki hikers, nature lovers, trail runners, photographers dan juga family yang sukakan aktiviti yang sihat.

Sesiapa nak weekend getaway ke or nak lari dari routine harian, inilah tempatnya. Maaf, posting ini panjang tapi padat dengan informasi yang anda perlu tahu, lagi2 bagi 1st timer.

Facts yang anda kena tahu:

Aktiviti : Hiking, nature walk, edu-nature, berkelah, photographing, trail run, trail cycling & nature theraphy.

Difficulty Scale: Beginners to Intermediate

Sumpah admin kata, tak susah pun. Kanak-kanak bawah umur (ditemani parents) hingga ke orang tua pun boleh terokai kawasan sekitar tasik ni. Solo or group pun boleh, masih selamat dan mudah diterokai.

Foto: Instagram @faqihahsyazana

Trail: Multi-Nature trail

Trail sekitar laluannya adalah berbatu, tanah merah, tanah gambut, bertangga, merentasi sungai kecil, concrete walkway, open & shady.

Jangan risau, trailnya clear dan bertanda, Insya-Allah takkan sesat. Dinasihatkan berjalan dalam kumpulan jika anda beginners or 1st time.

Elevation: Maximum +/- 207meter.

Laluan berbukit dan lurah. Naik turun macam harga minyak.

Foto: Instagram @nurfadilah_d

Distance: 5 to 6 km

Terpulang pada laluan yang dilalui. Ada yang hanya sampai lookout point tasik. Ada juga yang teruskan sampai ke kolam tadahan SAJ.

Course Time: 1hr to 3hrs

Kurang sejam kalau fit,cargas & berlari. 2 hingga 3 jam kalau santai & berselfi setiap pelusuk.

Entrance Fee: FREE – explore on your own risk.

So kena patuhi arahan sebab bersebelahan kuari dan kawasan larangan. Ikuti arahan & papan tanda.

Parking: FREE – park at your own risk.

Kawasan parkingnya luas dan tanah merah. Kalau sayang kereta, park je kat tepi jalan raya & menapak masuk ke entrance.

Visiting: Sunny weekends

Terbaik di hujung minggu diwaktu pagi dan petang. Jika hujan, tidak digalakkan atas faktor keselamatan.

DONTs : Tolong lah…

  • Jangan buang sampah. Monyet sahaja yang buang sampah merata. Jangan ko monyet.
  • Jangan tunjuk tera panjat lereng bukit yang dipagar, berenang di kolam, memancing di tadahan air SAJ dan buat aktiviti yang tidak bermoral & sivik.

DOs : Tolong….

  • Jaga kebersihan. kalau jumpa sampah, kutip dan buang dalam tong sampah.
  • Sentiasa menjaga keselamatan dan patuhi arahan.
  • Senyum walaupun dah penat, korang mesti cergas & motivate kan kalau ada awek or pakwe yg senyum.
Foto: Instagram @vvbiyy_

Preparation : Simple & lite

  • Pakaian & kasut? pakailah yang sesuai merentasi trail hutan dan berair.
  • Glove, sunblock & Payung? tak perlu. Kalau rasa diri tu diva, silakan pakai.
  • Air? ikut tahap kecergasan dan stamina masing2. 1 botol ( 1.5L) dah lebih dari cukup.
  • Makanan? Bawa makanan ringan dan berkarbo tinggi. Kalau nak berkelah, pandai2 la.
  • Medic kit? Yang simple macam insect repellent, handyplast dan ubatan persendirian.
  • Torch light/headlamp? Tak perlu jika anda patuhi peraturan masa – sebelum gelap.
  • HP/Camera/drone? Terpulang, pastikan bawa water resistant beg/air-seal plastic-risau tetipa hujan.
Foto: Instagram @pinacolada_my